PLOT CINTA TAK JADI

RM23.00

Tajuk PLOT CINTA TAK JADI
Penulis AUNIE AYUNIE
ISBN 978-967-2116-15-8
Sem. Malaysia RM23
Sabah / Sarawak rm26
Buang
SKU: N/A. Categories: , .

“Sapu-Sapu Sdn Bhd? Eh, saya tak ada minta servis sapu-sapu pun.” – Nayla.
“Itu nama syarikat akulah, sengal. Aku bukan nak servis. Aku datang sebab nak tarik kereta kau. Dah empat bulan tak bayar, kan?” – Riyad.

Pertemuan pertama yang sadis itu membuka peluang untuk Nayla membalas dendam kerana hatinya telah dikhianati Hezri. Riyad pemilik Syarikat Sapu-Sapu Sdn Bhd dijadikan kambing hitam untuk Nayla merealisasikan rancangannya. Riyad pula setuju saja kerana bayarannya lumayan. Bolehlah dia langsaikan bil-bil yang lama tertunggak. Maklumlah, syarikatnya berstatus suam-suam suku saja.

Tapi, rancangan itu tidak berjalan seperti yang dirancang. Bila kontrak terbatal, hati Nayla pula terpaut dengan sikap Riyad. Walaupun garang macam singa, tapi Riyad selalu melindunginya.

“Nayla, kalaulah kau boleh nampak betapa banyaknya cinta dalam hati aku untuk kau. Tentu kau tak akan merungut apa-apa.” – Riyad.
“Siapa yang tak jatuh cinta dengan abang? Saya jatuh cinta dengan abang setiap hari, setiap saat.” – Nayla.

Perkahwinan mereka yang termeterai menjadi saksi cinta mereka cinta sejati dan bukan cinta jual beli. Namun, Hezri kembali mengemis cinta yang dia khianati dulu. Dan, kebahagiaan mereka teruji apabila Sakinah muncul, lalu menjadikan Nayla orang ketiga dalam hubungan mereka.

Nayla tidak pernah menyangka yang dia akan terperangkap dalam kisah cinta antara dua darjat.

Additional Information

Lokasi

Sem. Malaysia, Sabah / Sarawak

Komen

There are no reviews yet.

Be the first to review “PLOT CINTA TAK JADI”

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *