AKU SELALU DI SISIMU

AKU SELALU DI SISIMU

~AKU AKAN PASTIKAN..
ENGKAU SELALU DI SISIKU..~

“IDA… Ooo.. Ida..” Pagi- pagi lagi Nadia dah memekik panggil nama aku macam orang gila. Kadang kadang suara dia tu boleh dengar sampai satu kampung. Macam orang ada halkun menjeritnya. Aku yang tengah masak lempeng dekat dapur cuma diam. Malas nak menyahut. Takkan tak tahu aku ada dekat mana kalau bukan dekat dapur. Seketika kemudian, Nadia turun ke dapur dan meletakkan sebuah bakul yang berisi penuh pakaiannya yang kotor serta hapak. Pergh! Pengotor mengalahkan jantan. Apa punya anak daralah dia ni. Pemalas lebih daripada bangla.

“Hoi! Perempuan kau pekak ke? Aku panggil berapa ribu kali sampai nak tercabut mulut aku ni.” Nadia marah aku. Aku hanya diam dan teruskan men-terbalikkan lempeng yang berada si dalam kuali itu.

“Woi,” Nadia tolak bahu aku kuat. Aku tergerak ke depan. “Ni, kau nampak baju baju aku yang kotor ni?” Aku pandang muka dia. Tak lah nampak sangat yang dia seakan bercakap dengan anak patung cendana pulak nanti.

“Nampak ke tak?” Dia menjerit kuat. Anak dengan mak suara macam rimau. Mungkin masa Mak Su mengandung dulu arwah Pak Su ada belikan mikrofon kot untuk Mak Su telan.

“Nampaklah. Aku bukannya buta lagi.” Aku melawan. Aku sempat jeling ke dalam bakul baju kotor si Nadia tu. Baju dia banyak gila nak mampus. Satu mesin basuh pun belum tentu muat. Aduhai!!

“Bagus kalau kau nampak. Sekarang aku nak kau basuh semua baju baju aku yang kotor ni.” Nadia mengarah aku. Amboi.. Dia ingat dia siapa yang nak sesuka hati sesedap rasa mengarah aku. Dia ingat dia anak Tan sri? Bini Dato?

“Kau ni Nadia kalau tak menyusahkan aku sehari tak boleh ke, hah? Kau basuh je lah baju kau tu sendiri. Bukan susah pun gunaΒ  mesin basuh tu bukan kena pergi sungai cuci pakai tangan macam orang zaman dulu.”

Nadia mencengkak pinggang. “Berani kau melawan cakap aku kan perempuan. Kau ingat kau tu siapa?” Nadia tolak bahu aku. Aku tergerak setapak ke belakang. Sabar!! Aku mengosok dada aku berulang kali.

“Nadia, aku malas nak bertengkak dengan kau pagi pagi buta ni, faham. Aku ada banyak kerja nak kena buat ni.” Aku ambil pinggan yang penuh berisi lempeng dan juga sepering gula dan dibawa ke meja makan. Nadia ikut aku dari belakang.

“Kalau kau tahu yang kau tu ada kerja nak kena buat. Kau basuhlah baju aku ni.” Nadia melemparkan setimbun pakaiannya yang kotor itu ke muka aku. Habis berterabur atas lantai bukan setakat tu tapi pinggan ysng beriso lempeng yang aku letak atas meja dia hempaskan ke atas lantai sampai pecah berterabur pinggan kaca itu di atas lantai.

“Apa masalah kau ni Nadia? Kau kutip sekarang.” Suara aku makin meninggi. Geram dengan perangai Nadia yang macam budak budak tu. Dia tersenyum jahat sinis.

“Kau suruh aku? Kau ingat kau tu siapa?” Marah Nadia kuat. Aku rasa tercabar.

“Habis yang kau suruh aku basuh baju kau tu. Kau ingat kau tu siapa? Anak raja?” Suara aku juga mula meninggi. Aku tengok Nadia diam. Sentaplah tu.

“Ni, apa yang bising bising ni?” Aku dengar suara Mak Su menengking dari arah pintu dapur. “Apa yang kau dah buat dengan baju berselerak atas lantai ni Ida?” Mak Su marah aku. Perkara yang memang selalu terjadi.

Mak Su yang baru balik dari rumah jiran belakang tu terus berdiri di sebelah Nadia.

“Perempuan ni hah mak. Dia tak nak basuh baju Nadia ni?” Nadia mengadu kepada Mak Su.

“Kau ni perempuan daripada dulu sampai sekarang kalau tak melawan cakap orang tak boleh ke, hah? Kalau Nadia ni suruh kau basuh baju baju dia yang kotor semua ni kau basuh je lah. Apa yang susah sangat? Nadia ni kena pergi kampus belajar bukan macam kau.” Marah Mak Su lagi. Aku tengok Nadia mengukir senyuman puas di bibirnya.

“Ida ni bukannya tak dapat sambung belajar mak su. Cuma mak su tu je yang tak benarkan Ida sambung belajar sebab nak perhambakan Idakan.” Aku melawan Mak Su balik. Aku tak ada masa nak hormat Mak Su mahupun Nadia. Manusia yang tak reti balas kebaikan orang lain bukan boleh dibuat baik.

“Kau ni memang jenis perempuan kurang ajarlah aku boleh cakap. Aku ni sebagai mak saudara kau yang dah besarkan kau selepas mak kau masuk penjara bapak kau meninggal pun kau tak reti nak hargai.”

“Huh,” aku tergelak sinis. “Mak su yang jaga saya besarkan saya ke? AtaupunΒ  Ida ni yang jaga Mak su dengan Nadia? Selama 22 tahun Ida hidup dalam rumah ni. Ida yang masak bagi mak su dengan Nadia makan. Ida yang basuh baju, jemur baju. Itu ke yang mak su banggakan sangat?”

“Amboi! Kau ni bercakap memang tak sayangkan mulutkan. Dasar anak banduan sebab tu lah perangai kau jadi kurang ajar macam ni.” Sambung Nadia pula.

“Habis, kau tu terlebih ajar daripada mak kau sampai jadi pemalas naik lemak macam ni?” Aku pandang Nadia tajam.

Pang!!

“Kau jangan nak biadap dengan aku Ida.” Mak su tampar pipi aku. Aku pegang pipi aku yang pijar ditampar itu dengan hati yang terlampau sakit. Kerana Nadia aku kena tampar. Tanpa menunggu lama aku terus berhambus meninggalkan dapur. Makin lama berada di situ makin sakit hati aku dengan perangai yang dibuat oleh mereka.

πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡

JAM loceng jenama Polo yang diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katilnya sedang menari nari sambil menjerit kuat. Afham yang masih lagi diulit mimpi tersentak dengan bunyi jam locengnya itu memekik. Terus dia membuka matanya perlahan laham dan tangannya terus menyambar jam locengnya itu sebelum ditekan but off. Selepas itu dia meletakkan kembali jam locengnya itu ke tempat asal. Afham mengeliatkan tubuhnya perlahan-lahan untuk mengambil stamina setelah 9 jam tidur.

Telefon bimbit Iphone X yang berada di sebelah diambilnya dan dibuka untuk memeriksa sama ada ada panggilan yang tidak berjawab mahupun panggilan masuk yang tidak dibaca. Apabila memastikan tiada pesanan apa apa yang baharu dia terus menutup telefonnya kembali. Dia turun daripada katil dan terus mencapai kain tuala yang tersidai di ampaian besi.

Setelah selesai mandi, Afham segera bersiap untuk ke tempat kerjanya. Itulah rutin hariannya setiap hari. Kadang kala hari minggu juga dia perlu ke pejabat atas urusan kerja. Afham mengenakan kemeja lengan panjang berwarna merah jambu berserta seluar slack hitam. Wangian Polo disembur di seluruh bahagian badannya. Jam tangan Rolex dipakai di tangan kirinya. Yup! Kidal.

Setelah memastikan semuanya telah sempurna Afham terus mengambil beg kerjanya dan turun ke tingkat bawah. Di ruang makan kelihatan Papa dan juga Mamanya sedang menikmati sarapan pagi dengan begitu mesra sekali. Bukan selalu Afham dapat melihat Papa dan juga Mamanya bersuka ria di pagi hari . Segera Afham menuju ke arah mereka dengan tersenyum manis.

“Hai! Seronok nampak papa dengan mama? Ada something special ke?” Soal Afham seraya menarik kerusi di hadapannya dan terus duduk di atasnya.

“Encik Afham nak minum apa? Kopi ke teh?” Kelihatan Mak Nooi orang gaji di rumah mereka dengan tersenyum lebar bertanya kepada Afham dengan memegang sebuah cawan kaca di tangannya.

“Bagi kopi je lah.” Kata Afham ringkas.

“So, macam mana?” Soal Dato Zarul kepada anak lelakinya itu. Afham yang sedang menghirup kopi suam itu hanya mengangkat keningnya sahaja.

“Macam mana apa, Papa?” Soal Afham setelah meletakkan kembali cawan yang sudah berbaki separuh sahaja air kopi di dalamnya ke atas meja. Dia memandang Papanya sekilas dan memandang ke arah Mamanya pula. Kedua duanya hanya mempamerkan wajah yang suam suam sahaja.

Afham masih belum dapt highlight soalan Papanya.

“Soal percaturan jodoh yang kami katakan tu. Kamu setuju ataupun tak?” Soal Dato Zarul lagi.

“Oh!” Afham kembali tenang dan dia terus mengambil sebiji karipap pusing di depannya dan apa lagi makanlah. Dia ingat soalan apalah yang Papanya tanyakan kepadanya tadi. Rupanya tentang hal yang orang tuanya rancang untuk mengahwinkan dia dengan anak kawan mereka.

“Entahlah, kalau bagi Af. Af ikut je sebab Af still single lagi. Tapi, tuan punya badan tu macam mana? Papa dengan Mama dah jumpa ke orangnya?”

“Belum lagi. Kami nak kena tahu keputusan kamu dulu sebelum kami pergi pinang dia. Kalau kamu setuju kami pergi pinangkan dia untuk kamu. Tapi, kalau kamu tak setuju. Kami tak boleh nak buat apa apa lagi dah.” Sambung Datin Nora pula yang duduk di bahagian hadapan Afham.

“Af setuju je.”

“Afham, soal kahwin ni bukannya boleh dibuat main-main. Kamu kena tanya diri kamu tu betul betul tau jangan bagi keputusan secara rawak. Papa takut nanti kalau dah sampai tengah jalan kamu rasa tak nak nanti benda lain pulak yang jadi. Papa tak nak malukan Rosnaida tu sebab dia tu anak yatim and dia tu anak arwah kawan papa.”

“Dia anak yatim ke Papa?” Soal Afham berminat. Sebelum ni dia tidak tahu apa apa berkaitan Rosnaida kerana Papa dan Mamanya tidak banyak bercakap sangat tentang gadis bernama Rosnaida itu.

“Ha’ah. Dia anak yatim sebab masa umur dia 8 tahun ayah dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Selepas itu, dia tinggal dengan mak di dan juga nenek dia tapi semasa umur dia 14 tahun nenek dia meninggal sebab sakit tua dan emak dia pula terpaksa bersusah payah cari kerja untuk sara kehidupan dia. Suatu hari tu polis ada buat serbuan dan mak Rosnaida ni kena tangkap kerana menjual dadah secara terbuka.” Beritahu Dato Zarul kepada anak lelakinya itu.

Afham mengangguk laju sebaik sahaja Papanya berhenti bercerita.

“Tapi, kenapa Papa dengan Mama nak Af kahwin sangat dengan gadis tu? Ada something special ke?” Soal Afham lagi kepada kedua dua orang tuanya itu. Pandangannya dihalakan ke setiap wajah tua itu secara silih berganti.

“Itu adalah amanat daripada arwah Pak Idris. Semasa dia nyawa nyawa ikan dekat hospital dulu. Dia ada cakap dekat Papa supaya kahwinkan kamu dengan Rosnaida. At least, nasib anak perempuan dia tu terbela. Papa sebenarnya terhutang budi dengan arwah Pak Idris sebab dialah yang selalu membantu Papa dalam apa apa masalah tau.” Terang Dato Zarul lagi.

“So! Mama nak kamu fikirkan baik baik. Jangan fikirkan pasal orang lain dulu tapi fikirkan pasal diri kamu sendiri dulu, faham.” Pesan Datin Nora kepada anak lelakinya itu.

“Ya! Mama.” Jawab Afham ringkas dan dia menjerling ke arah jam tangan rolex di tangannya. Sudah masuk jam sembilan pagi. Terus dia capai beg kerja di kerusi sebelahnya dan menyalam tangan ibu bapanya.

“Af gerak dulu, assalamualaikum.” Ucap Afham sebelum bergerak meninggalkan kawasan ruang makan.

“Waalaikumusalam.” Jawab Dato Zarul dan juga Datin Nora ringkas.

πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡

Recent Posts

Leave a Comment