ANNABELLA VALIANT

ANNABELLA VALIANT

PROLOG

SUARA merdu si ibu memecah kesunyian malam untuk mendodoikan anaknya yang masih bayi lagi. Rambut anaknya dibelai penuh kasih sayang. Dodoiannya membuatkan si anak menguap kecil dan perlahan-lahan menutup mata. Satu ciuman singgah di pipi tembam anaknya itu. Setelah menidurkan anaknya, dia melangkah ke arah katil yang berdekatan. Selimut ditarik sehingga menutupi dada. Dia mencium dahi anak lelakinya yang sedang nyenyak tidur.

Apabila puas menatap wajah anak-anaknya, dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Bunyi pintu ditutup membuatkan wajahnya dihiasi dengan senyuman. Dia mempercepatkan langkah untuk menyambut suami yang baru pulang dari kerja. Sebaik sahaja bertentang mata dengan suaminya, senyuman di wajahnya mati apabila melihat baju yang dipakai oleh si suami dipenuhi dengan darah.

“Kita perlu pergi dari sini dengan segera!” ucap si suami dalam nada resah.

“Kenapa?”

Belum sempat dia menjawab pertanyaan si isteri satu letupan kedengaran sehingga membuatkan rumah mereka terbakar dan hampir runtuh. Batu-bata jatuh bertaburan di atas lantai. Perabot di dalam rumah musnah dijilat api dalam sekelip mata. Ngauman raksasa dan bunyi deraman haiwan buas kedengaran.

“Adinda pergi selamatkan anak-anak kita,” arah si suami. Pedang yang masih basah dengan darah berwarna hitam ditarik dari sarungnya. Dia sudah bersedia untuk bertarung dan melindungi keluarganya dengan nyawa sendiri.

“Bagaimana dengan kekanda?” soal si isteri. Wajahnya jelas terukir kerisauan.

“Kekanda akan susuli kemudian nanti. Pergi!”

Dia berlari mendaki tangga dan terus menerjah bilik anak-anaknya. Anak lelakinya sedang memeluk adiknya yang sedang menangis dalam dakapan kanak-kanak lelaki itu. Anaknya yang masih lagi kecil diambil manakala tangan anak lelakinya digenggam erat. Satu medan magik muncul di dalam bilik tersebut. Dalam sekelip mata, mereka tiba di pinggir hutan berdekatan dengan rumahnya.

“Bonda, apa yang telah terjadi?” tanya anak lelakinya.

“Tidak ada apa-apa, anakanda,” balas si ibu. Tangannya sambil mengusap rambut si anak yang dalam kebingungan. Dalam masa yang sama, dia cuba memujuk anak kecilnya yang masih menangis sejak tadi.

“Mana ayah?”

“Kejap lagi ayah datang. Sabar ya, anakanda?”

Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki yang berpakaian perisai perang dengan berlumuran darah berwarna hitam. Pedangnya yang basah dengan darah masih kemas di dalam genggamannya.

“Apa yang telah berlaku, kekanda?”

“Mereka sudah tahu. Mereka mahu membunuhnya. Kita perlu pergi dari sini,” ujar si suami. Wajahnya dipenuhi dengan luka-luka kecil akibat terkena senjata tajam semasa bertarung tadi.

Tangisan anaknya yang masih bayi melunturkan hatinya. Dia mengambil anaknya itu dari pelukan si ibu. Pipi anaknya dicium dengan penuh kasih sayang. Pada waktu begini, anaknya patut tidur dengan selesa tanpa sebarang gangguan. Namun, takdirnya tidak dapat diubah lagi. Maafkan ayah, anakku. Darah yang mengalir dalam tubuhmu menyebabkan kamu menjadi mangsa kerakusan kegelapan dalam menakluk dunia.

“Ayah, ada obor-obor api,” kata anak lelakinya.

Apabila menyedari bahaya semakin mendekati, mereka sekeluarga berlari meredah hutan dalam kegelapan malam. Sudah tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri selain meredah hutan yang dihuni oleh makhluk yang berbahaya. Namun, mereka berpisah di pertengahan jalan. Si suami lari bersama anaknya yang masih bayi manakala si isteri lari bersama anak lelakinya tetapi mereka sudah berjanji untuk bertemu kembali.

Tiada siapa sangka rancangan mereka tidak berjaya. Si suami menunggu kedatangan isteri dan anaknya dengan sabar di hadapan sebuah pintu ke dunia lain. Masa yang diperuntukkan portal itu terbuka sangat terhad. Si suami resah menunggu keluarganya muncul. Anaknya yang berada dalam dakapan masih menangis kerana rindukan ibunya.

Dalam masa yang sama, isterinya sedang bersembunyi di dalam sebuah gua bersama anak lelakinya. Satu medan magik dilukis di atas tanah dengan juraian air mata yang membasahi pipi. Inilah jalan yang terbaik untuk menyelamatkan anaknya. Tubuh anak lelakinya dipeluk dengan erat. Wajah anaknya dicium dan ditatap sepuas-puasnya. Mungkin inilah kali terakhir dia menatap wajah anaknya itu.

“Kenapa bonda menangis?”

“Tidak ada apa-apa, anakanda. Wahai anakanda kesayangan bonda, jadilah seorang budiman yang berakhlak baik. Lindungilah insan yang lemah, hulurkan bantuan pada insan yang memerlukan. Restu bonda sentiasa bersamamu,” ucapnya bersama air mata.

Medan magik yang dilukisnya bercahaya. Perlahan-lahan anak lelakinya itu hilang dari pandangan. Dia berharap anaknya itu selamat.

“Pergilah kekanda… Selamatkan anak kita. Masa depannya lebih penting berbanding kita. Jika ditakdirkan kita untuk bersama, kita akan bertemu kembali.”

Suara si isteri menerjah mindanya. Air matanya mengalir perlahan kerana terpaksa berpisah dengan anak lelaki dan isterinya di dunia itu. Dengan langkah yang berat, dia melangkah masuk ke dalam portal tersebut bersama anak kecilnya.

Recent Posts

Leave a Comment