bidadara-putera

bidadara putera

Prolog

Dia sedikit tercungap. Nafas ternyata minta oksigen umpama ikan yang berlari tatkala munculnya kaki yang tiba-tiba dari perut. Namun insang seakan terlupa bertukar menjadi paru-paru. Nafas sesak tapi cepat dia melangkah ke dalam masjid. Ramai saudara mara sebelah pengantin berkumpul dan bersila bersama-sama. Ingin rasanya dia menolak-nolak sahaja himpunan orang-orang itu bagi memberinya laluan.

Hati resah dan bersuara. Hal yang sebegitu mesti dihalang. Penyatuan dua jiwa itu mesti disekat. Agaknya Tan Sri tu sudah gila. Dan ampaknya setelah berjaya mendapat gelaran yang maha besar itu, sudah lupa hukum agama. Akidah sudah terpesongkah? Atau sengaja mahu mencabar Yang Kuasa? Perkara dulu, walau sebuah janji sekalipun. Yang telah temeteri dan bagai mengikat mereka tetapi begitukah caranya?

Namun sebaik sahaja dia berjaya sampai ke depan dengan bersusah payah mengesutkan diri  umpama siput, kedengaran Abang Zahari mengakad nikahkan anaknya, Aleesya. Hati dia luruh tika itu juga. Jiwanya bergocang saat itu juga. Dinding masjid pula seakan meruntuh dan menghempap dirinya.

Pengesahkan ‘sah’ dari saksi-saksi sekeliling telah meleraikan janji yang bertahun lamanya. Aleesya ternyata sudah sah menjadi milik Qairul Bunyamin ataupun Qai. Hampir pitam dia mendengar pengesahan dari para saksi. Malahan hampir mati juga. Dia orang itu sudah check betul-betul tak? Dan yang pastinya, betulkah boleh sah? bebelnya lagi.

Tan Sri pun tersenyum sahaja melihat anaknya yang segak bersongkok menadah tangan mengaminkan doa-doa dari Pak Imam.

Dia memandang wajah pengantin lelaki yang kelihatan berseri-seri. Cepat-cepat dia mengurut dada yang tadinya sudah menyempit. Mujur tidak pengsan tadi, kalau pengsan agaknya apalah yang akan bermain difikiran orang lain. Sang hero pun boleh pengsan? Ah, mujur sungguh! Terdetik kata-kata itu di hati.

Namun dia tersentak apabila melihat pengantin lelaki itu. Nama yang serupa tetapi wajah yang berlainan. Qairul Bunyamin sudah bertukar rupakah? Wajah di hadapannya ternyata tidak dikenalinya.

Matanya memandang sekeliling mencari Qai yang dia kenal dulu. Tiada! Dimanakah dia? Sudah sembuhkah dia? Yang paling pentingnya, sudah dewasakah dia? Jika dihitung dengan jari tangan plus jari kaki, Qai sudah dewasa. Sudah memegang kunci usia yang menyatakan dia telah dewasa. 21 tahun. Qai sudah 21 tahun tika ini. Bagaimanakah rupanya? Bagaimanakah tingkah lakunya? Masih samakah seperti dulu atau sudah berubah?

Dengan longlai langkah kaki, dia mencari pintu keluar dari kelompok orang-orang ramai. Nampaknya Qai sudah hilang. Qai yang baru bernikah tadi pula, orang yang lain. Hanya keluhan kesakitan yang tiba-tiba datang, menghuni hatinya kini. Budak yang nakal dulu sudah ‘tiada’. Kaki sudah di hujung tangga masjid. Tiba-tiba…

Satu tepukan di bahu betul-betul mengejutkannya.

“Zumar, kan?” soal Tan Sri, masih mesra seperti dulu.

Zumar tersenyum. “Ya… saya. Tan Sri apa khabar?” Tangan dihulurkan.

Namun satu pelukan diterima. Tan Sri memeluknya erat. Kemas dan kejap. Hampir dia menolak tubuh tua itu kerana kelemasan tiba-tiba. Lemas dengan rasa yang dulunya telah ditanam jauh ke perut bumi berhasta jaraknya. Rasa yang baginya hanya ‘si dia’ yang mampu menggalinya semula. Maaf. Bukannya dia punyai rasa dengan Tan Sri, bukan… Tan Sri hanyalah medium perantaraan.

“Saya sihat. Awak bagaimana pula? Sihat?”

Zumar ketawa.

“Seperti yang Tan Sri tengok sekarang. Saya sihat. Lebih sihat dari dulu. Alhamdulillah.” Zumar membelek diri sendiri.

“Alhamdulilah. Syukur kita dapat jumpa juga hari ini. Tak sia-sia rancangan Abang Zahari rupanya.” TanSri mengesat matanya. Ada genangan air mata di situ.

Kenapa? Persoalan itu terdetik di hati Zumar.

“Apa maksud Tan Sri? Rancangan Abang Zahari?” Bertanya. Zumar kehairanan.

“Abang Zahari yang rancang menpercepatkan waktu nikah Aleesya dengan Qaizer. Katanya Zumar pasti akan balik bila terdengar berita ini.” Tan Sri membongkarkan satu rahsia.

“Nama pengantin tadi Qaizer?” soal Zumar.

“Ye… Qaizer. Qaizer Bunyamin. Dipanggil Qaizer atau boleh jugak Qai,” jawab Tan Sri tenang. Dia tahu apa yang bermain difikiran Zumar.

“Awak sedang bercuti sekarang, kan?” Sengaja pula Tan Sri melencongkan perbualan. Dia mahu hal Qai dilupakan..

“Ya… kenapa Tan Sri?”

“Saya betul-betul memerlukan pertolongan awak sekarang. Sekali lagi. Itu pun kalau boleh dan saya amat berharap jawapannya ‘boleh’. Masalah ini makin memberat tahun demi tahun. Saya juga rasa awak sahaja yang boleh membantu. Hanya awak, Zumar.” Tan Sri menyebut dan memberi satu isyarat.

Kelihatan mata tua itu berkaca semula. Ternyata ada masalah yang begitu berat masih terpikul di bahunya. Perlahan Zumar mengangguk bersama keluhan berat. Dan dia tahu masalah ini berkait rapat dengan Qai. Qai yang telah ‘menghilang’ beberapa tahun yang lalu. Menghilang bersama 1001 persoalan yang tidak mampu diungkaikan oleh sesiapa pun. Dimanakah Qai? Atau apakah namanya yang sebenarnya?

Recent Posts

Leave a Comment