ENCIK BOS & BUDAK PRAKTIKAL

ENCIK BOS & BUDAK PRAKTIKAL

SEBUAH kereta Myvi oren sedang bersiap sedia untuk meninggalkan laman sebuah rumah yang berada di tengah-tengah sawah itu. Kereta ini bakal membawa sebuah matlamat dan azam untuk mengejar cita-cita. Siti Aimi yang selesa tinggal di kampung halamannya bakal meninggalkan orang tuanya demi memenuhi syarat untuk mendapat segulung ijazah.

“Mak, awat duk teriak pulak ni? Orang bukan nak pi oversea pun. Nak pi KL ja pun,” pujuk Siti Aimi.

“Ha la. Mana aku tak teriak, hang mana pernah duk jauh dengan aku. Dari kecik sampai besaq ada depan mata. Sambung mengaji pun hang setakat pi kat UiTM Merbok ja. Tu pun belakang rumah kita ja. Tup tup hang nak pi jauh,” luah hati Mak Milah.

“La, Along pi sat saja. Empat bulan ja. Lagipun Along kat sana kan duduk dengan Kak Mimi. Dia ada nak jaga Along,” Siti Aimi masih lagi memujuk.

Biarpun berat hatinya nak tinggalkan mak ayahnya, namun dia terpaksa. Dia ingin cuba berdikari dan membawa satu harapan yang baru.

“Betul tu Mak Su, Mimi kan ada. Mimi akan tengok-tengokkan Along ni. Kalau dia nakal, Mimi pulas telinga dia,” giliran Kak Mimi memujuk sambil memeluk bahu Mak Sunya itu.

Kak Mimi merupakan sepupu kepada Siti Aimi. Anak kepada Mak Long Zah, kakak kepada Mak Milah. Kak Mimi ini la merupakan pemilik kereta Myvi berwarna oren itu. Katanya Kak Mimi namakan kereta Myvinya itu sebagai Johnny kerana Kak Mimi merupakan peminat tegar pelakon serba boleh Johnny Depp.

Hari ni adalah hari terakhir Siti Aimi di kampung. Dia akan menjalani latihan industri selama empat bulan di sebuah syarikat yang terletak di Kuala Lumpur. Kebetulan Kak Mimi memang tinggal di sana, jadi Siti Aimi sengaja memohon untuk melakukan latihan industri di Kuala Lumpur. Katanya ingin berdikari dan sengaja nak ubah angin. Mana tidaknya, sudah 22 tahun asyik terperuk di kampung.

“Mimi, Along. Sudah tak payah layan Mak hang sangat. Bukan tak dak telefon nak telefon nanti. Saja ja nak buat drama lebih,” sakat Pak Saad yang dari tadi hanya memerhati gelagat isteri dan anaknya.

“Pak Hang apa tau, berat tau hati saya nak lepas anak dara saya sorang ni,” Mak Milah membela diri.

Ada sedu-sedan berbaki. Habis hujung baju kurung Kedahnya basah dek kerana menyeka air matanya menggunakan hujung kain itu.

“Allah, anak kita pi empat bulan ja Mak hang oi. Sat saja kot. Bukan lama. Pejam celik, pejam celik dah cukup empat bulan. Hang toksak la kalut sangat,” Pak Saad seperti habis kata-kata.

“Kalau Mak rindu, Mak mai jenguk Along naa,” Siti Aimi memberi cadangan.

“Betui tu Mak Su, gamak rindu kat Along mai la KL. Duduk rumah Mimi ja. Lagi pun esok lusa habih ja Along ni praktikal, dia balik la mai duk kepit bawah ketiak Mak Su balik. Hehe. Kami gerak dulu na,” Kak Mimi bersalam dengan Mak Milah dan Pak Saad dan terus masuk ke dalam keretanya.

Siti Aimi juga turut bersalaman dengan Mak Milah dan Pak Saad serta adik-adiknya Siti Amna dan Aizat. Sungguhpun berat hati ingin meninggalkan kampung halamannya, Siti Aimi membulatkan tekad. Dia perlu menikmati kehidupannya sendiri. Mana tahu, lepas ni kalau dah berumah tangga dan terpaksa berjauhan dengan keluarga. Lagi bertambah pilu. Jadi, dia perlu kuat hadapi semua ini.

Drama air mata tidak terhenti di situ sahaja dan masih berterusan. Mak Milah dengan berat hati terpaksa melepaskan anak sulungnya itu pergi ke Kuala Lumpur. Bukan apa, banyak sangat cerita kurang enak yang Mak Milah dengar tentang kehidupan di Kuala Lumpur. Hati ibu mana yang senang dengan semua tu.

Akhirnya kereta Myvi oren milik Kak Mimi yang bernama Johnny itu perlahan-lahan meninggalkan laman rumah Mak Milah dan Pak Saad. Siti Aimi melambai-lambai lemah ibu bapa dan juga adik-adiknya. Hatinya juga sebenarnya berat untuk meninggalkan ibu bapanya. Mana tidaknya, selama 22 tahun mereka ada di depan mata. Walaupun berat, keputusan telah dibuat. Akhirnya perlahan-lahan bumbung rumah kesayangan hilang dari pandangan. Perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bermula.

“Kuala Lumpur! Aku mai!” Jerit Siti Aimi mencari kekuatan.

Recent Posts

Leave a Comment