katakan-kau-cinta

katakan kau cinta

BAB #1

“Eh, apa ni?” Azya panik.

Sedang dia membelek diri di hadapan cermin, seorang lelaki asing terus meluru.

“Eh, tolong… help! Hel… hmmmppph!”

Jeritan Azya makin tenggelam apabila tapak tangan yang kasar menutup kemas mulutnya. Lelaki itu merangkulnya dari belakang. Jantung berlari laju, paniknya berganda!

Puas dia meronta, namun tu kudratnya tak mampu menandingi tubuh sasa itu yang sudah mengheretnya keluar.

Sebaik berada di luar, lelaki itu berhenti. Ditegakkan Azya yang hampir kelemasan. Tangannya tidak lagi menekup mulut gadis tinggi lampai itu.

Terkebil-kebil Azya. Baru beberapa saat yang lalu, dia cemas seperti diculik penjahat, kini dia dilepaskan pula. Dia berpaling, ditatapnya wajah lelaki tadi. Dia mahukan penjelasan. Sudahlah berada di hujung bangunan yang agak tersorok, cara lelaki itu mengheretnya keluar seperti mahu menganiaya dirinya.

Telunjuk lelaki itu menuding pintu, diejanya pula plat tanda yang terlekat kemas di tengah pintu itu. “Look, can you read this? M. E. N. You are entering men’s toilet.

Buntang mata Azya selepas menyedari dia tersalah masuk tandas. Lelaki asing itu memandangnya sinis. Bibir Azya terkunci, kelu. Spontan dia menekup mulut, pipinya dipulas merah jambu.

“Oh…” Hanya itu yang terluah. Sungguh Azya kehilangan kata-kata.

It’s okay. Now, let me take your bag in there.” Tanpa menunggu respons Azya, lelaki itu kembali ke dalam tandas dan keluar semula bersama beg sandang berwarna kuning cair. Terus dihulurkan kepada Azya.

I’m so sorry. What a shame…

No, don’t be. Tidak mengapa, since tidak ada orang lain nampak. Untungnya cuma aku sendirian, tidak ditemukan sama lelaki lain. Jika jadi begitu, aku enggak pasti apa nasibmu.” Pantas lelaki itu memotong percakapan Azya. Dia berbicara campuran dialek Indonesia, sekali lagi Azya tergamam.

Menyedari lelaki itu berniat baik, terus luruh gemuruh Azya. Dia hadiahkan senyuman nipis, malunya masih bersisa.

Anyway, Ryan. I heard you said ‘tolong’, are you Indonesian?” Lelaki itu hulurkan salam perkenalan.

“Err… Azya. I’m Malaysian.

Teragak-agak gadis itu mahu menyentuh tangan Ryan. Dia menelan liur, membiarkan huluran Ryan tak bersambut. Akhirnya Ryan menarik balik tangannya lalu disembunyikan di dalam poket.

It’s okay, then. Wonderful Malaysia. I’ve been there, once.” Ramah bicara Ryan. Sekelip mata, nada suaranya berubah kalut, “I need two minutes.”

Hanya pandangan menghantar susuk lelaki itu sehingga hilang di balik dinding. Mata Azya terkebil-kebil, masih keliru. Otaknya gagal memproses situasi yang dihadapinya ketika itu. Azya menghela berat.

“Ya Allah, malunya aku. Baru berapa jam mula hidup baru kat sini, dah catat perkara memalukan. Macam mana boleh tersalah? Aduh, aku tak tahan sangat tadi. Tak boleh fokus dah!” omelnya.

“Ni nak tunggu ke, nak blah aje ni? Banyak hal lagi nak urus. Cari bilik lagi, cari tapak karnival lagi. Isy…”

Sedang Azya berkira-kira untuk melangkah, lelaki berseluar denim separas lutut itu keluar dari tandas. Dia membetulkan kolar kemejanya yang berwarna jingga dengan corak kotak-kotak kecil, senyuman dipamerkan.

“Masih tunggu aku?”

Lah, tadi suruh tunggu. Dua minit bukan lama. Tu pun aku ingat nak blah aje tadi. Azya menjawab dalam hati. Dia membalas senyuman.

Seem you are new here. Apa bisa aku bantu?”

Aih, pucuk dicita ulam mendatang! Aku nak tanya direction aje. Hatinya menjawab lagi.

“Saya cari blok A. Tak sabar nak jumpa roommates. Boleh tunjuk arahnya?”

“Oh, just behind this building. Aku kepingin sekali iringi kamu, tapi aku lagi ada urusan.”

“Tak apa, saya boleh cari sendiri. Thank you.

Azya baru berpaling untuk melangkah, Ryan mencuit bahunya. “Namamu Azya sahaja ya?”

“Azya Hayani. Nur Azya Hayani binti Roslan.”

“Seperti pernah kudengar…” Berkerut dahi lelaki berkulit cerah dan bermata hijau jernih itu. Riak wajahnya jelas membiaskan kegigihan minda menggali memori berkaitan nama Azya.

Anyway, welcome to the garden of knowledge. See you around.” Akhirnya kata-kata itu yang terluah. Azya mengangguk perlahan, senyuman kecil dihadiahkan.

Sepanjang langkah disusun, Azya tersengih sendirian. Malu dengan insiden tadi.

“Nasib baik si Ryan tu handsome macam Brat Pitt. Berbaloi aku tersalah toilet,” gumamnya. Imej lelaki berambut perang yang disisir rapi itu terus terakam dalam mindanya.

Come on, Azya. Ini baru permulaan!” Dia meniup semangat untuk menempa pengalaman berada di bumi asing, jauh beribu batu dari kampung halaman.

Welcome to London. Welcome to University of Arts.” Lontaran kata aluan berbisik perlahan kepada diri sendiri, terus meresap ke dasar hati. Azya memejam, kejap. Beberapa saat berjeda, dia buka mata dan mengukir senyum pahit.

“Kaburlah luka, tinggallah kenangan lama.”

Recent Posts

Leave a Comment