MOHON JATUH CINTA

MOHON JATUH CINTA

Untuk melanggan boleh klik link di bawah

http://www.penerbitanfajarpakeer.my/?product=mohon-jatuh-cinta

“KENAPA dengan bos kesayangan kau tu? Mengamuk lagi?” soal Aimin Humairah kepada Hazirah.

Masak benar dengan perangai ketuanya a.k.a bos kecil di syarikat Melati Holding milik Datuk Mahfis. Dia sendiri naik hairan dengan sifat anak Datuk Mahfis itu. Setiap hari, ada sahaja angin ribut taufan yang melanda pejabat ini.

Hazirah hanya menjongket bahu tanda tidak mengerti. Dia kembali memandang meja kerjanya, berpura-pura melakukan tugas tatkala pintu bilik bos kecil mereka itu terkuak.

Aimin Humairah memandang sekilas bosnya itu sambil melemparkan senyuman. Namun seperti biasa, dibalas dengan jelingan dan wajah yang serius.

“Huisy! Dia punya baran mengalahkan akak yang datang bulan ni, dik oi. Stres akak, stresss!” bebel Kak Midah yang baru muncul dari pantri.

Gelas berisi Milo panas dihulurkan kepada Aimin Humairah dan Hazirah. Mereka sama-sama tersenyum. Senang dengan sikap Kak Midah yang ramah dan kepoh itu hinggakan terkenal dengan gelaran ‘radio bergerak’ dalam kalangan teman sekerja.

“Kenapa kak, emosi sangat pagi-pagi ni? Kena sembur ke dengan singa tu?” soal Afiq, budak penghantar surat yang kuat mengusik. Lagi-lagi dengan Kak Midah yang kuat bercerita ini.

“Mahunya tidak? Pagi-pagi lagi akak dah kena sembur dengan dia. Alah, setakat akak salah hantar air jelah pun. Lupa, bos handsome kau tu tak minum kopi. Itu pun nak mengamuk satu Malaya. Akak ni kan hati sensitif. Kau bukan tak tahu.” Suara Kak Midah bertukar sayu.

Namun, disambut dengan hilai tawa Hazirah dan Afiq. Masak benar dengan lakonan drama sebabak Kak Midah itu. Mereka tahu, Kak Midah seorang yang sporting dan tidak mudah terasa hati.

“Cuba kau beri khidmat nasihat dekat bos tu, Aimin oi. Kau kan rapat dengan dia.” Tumpuan Kak Midah beralih pada Aimin Humairah yang sedari tadi hanya diam.

Aimin Humairah terpempan. Eh, apa kes aku pula dilibatkan? bisiknya dalam hati.

“Apa kena-mengena dengan saya pula ni, kak?”

“Yelah, kau kan selalu pergi turun site, meeting 24 jam menghadap dia. Mestilah tahu perangai Encik Dani Isyraf tu.

“Akak ingat, saya ni isteri dia ke? Nak kena jaga dia 24 jam, nak ambil tahu semua pasal dia?”

“Alah, kalau jadi isteri pun apa salahnya, sama single mingle kan?”

“Tak naklah saya, kak. Silap hari bulan, kena telan dek singa lapar tu. Naya je saya.” Aimin Humairah sengaja menguatkan volume suaranya.

Dia tahu Dani Isyraf mendengar perbualan mereka sedari tadi. Dia tersenyum sendiri. Bukan niatnya untuk menyakitkan hati bosnya itu, cuma dia mahu lelaki itu sedar akan sifatnya yang tidak disenangi pekerja bawahan.

Aimin Humairah tersenyum membalas pandangan maut lelaki itu saat melintasi mereka.

Aimin Humairah, my room, now!”

Jeritan Dani Isyraf itu mengejutkan Kak Midah dan pekerja lain yang sedang bergosip sakan. Macam-macam bunyi dan latah keluar dari mulut wanita itu. Pekerja lain kembali menyambung kerja yang tergendala dek kerana pembukaan warung kopi sebentar tadi.

Aimin Humairah hanya tersenyum dan melangkah dengan tenang menuju ke ruang pejabat bosnya itu. Dia sudah lali dimarahi dan diherdik lelaki itu. Manusia spesies apa lelaki itu pun, dia tidak tahu. Moody memanjang.

Pintu diketuk perlahan sebelum melangkah masuk. Dani Isyraf memandang sekilas dan kembali tunduk menghadap lembaran kerja di atas mejanya.

“Macam mana awak buat kerja, Cik Aimin? Kenapa saya dapat banyak kompelin berkaitan projek pembinaan kondominium di PJ tu??” bentak Dani Isyraf tanpa dapat Aimin Humairah memulakan bicara.

Hampir sahaja Aimin Humairah membalas bentakan itu. Namun, dia cuba bertindak rasional. Nafas ditarik perlahan, menyuruh hati agar bersabar.

“Maaf, Encik Dani Isyraf. Boleh saya tahu projek yang mana? Setahu saya, projek yang di bawah kendalian saya adalah di Sendayan, bersama Mr. Tan. Setakat ini tiada sebarang kompelin yang saya terima. Saya sendiri dah turun buat tinjauan semalam.” Aimin Humairah bersuara berani.

Tidak salah, mengapa mahu takut?

“Kalau tak menjawab tak boleh ke?” Soalan dijawab dengan soalan.

Aimin Humairah tersengih dan mengetap bibir. Tadi bukankah ayat yang dilontar lelaki itu berbentuk pertanyaan? Haruslah aku menjawab. Tak pergi sekolah agaknya mamat ni, bebelnya yang hanya mampu diucap dalam hati. Kut kalau cakap depan-depan, mahu ditelan singa lapar ni.

Sesaat kemudian, dia melemparkan senyuman. Mamat tak pergi sekolah ni jugalah yang jadi bos kau, Aimin oi. Maknanya, dia lagi pandai dari kau. Kau sabar jelah, bisik Aimin Humairah dalam hati. Itu sajalah yang mampu dibuatnya. Sabar menanti bicara lanjut lelaki di hadapannya itu.

Beberapa minit keadaan menyepi. Aimin Humairah berkira-kira untuk memulakan bicara. Baru hendak membuka mulut, bosnya itu sudah kembali bersuara.

“Saya mahu awak teliti semula kompelin projek tu. Details saya akan serahkan pada Hazirah. Saya tak mahu dengar ada apa-apa masalah lagi selepas ini. Pastikan report sampai di atas meja saya esok sebelum waktu pejabat, faham?” Suara Dani Isyraf tidak lagi selantang tadi.

Dia mencuri pandang pekerjanya itu. Senyuman tidak pernah lekang di bibir manis itu. Kalau pekerja lain, pasti sudah menyumpah seranah dan tidak kurang juga yang menitiskan air mata.

“Faham, encik. Ada apa-apa lagi?” Soalan hanya dijawab dengan gelengan.

Aimin Humairah menarik nafas perlahan dan meminta diri untuk keluar. Belum sempat pintu dibuka, namanya dipanggil. Dia memalingkan wajah.

“Awak kalau sehari tak senyum macam tu, tak boleh ke?”

Soalan kurang bijak daripada bosnya itu membuatkan dahi Aimin Humairah berkerut. Aik, senyum pun salah?

“Kalau bos boleh berhenti marah dan buang perangai singa tu dalam masa seminggu, saya boleh pertimbangkan kut.” Selamba ucapan itu keluar laju di bibirnya sebelum dia meninggalkan bilik Dani Isyraf dengan segaris senyuman.

Dia pasti kata-katanya tadi menaikkan suhu kemarahan bosnya itu. Dia tertawa sendiri.

Dani Isyraf mengetap bibir dan memejamkan matanya mendengar jawapan pekerjanya itu. Nafas dihela perlahan agar perasaan marahnya segera hilang. Entah mengapa, pekerjanya yang satu ini sungguh sangat gemar menguji kesabarannya.

Benarlah firasatnya sewaktu temu duga dahulu agar jangan mengambil Aimin Humairah sebagai pekerja. Nanti bikin pening. Namun, dek kerana ayahnya yang meluluskan permohonan gadis itu, dia tidak mampu membantah, melainkan terpaksa berdepan dengan pekerja yang tidak tahu kalah seperti Aimin Humairah itu.

Leave a Comment