pasangan-kopi-susu

pasangan kopi susu

“JADI, macam mana sekarang? Kau terima tak permintaan Encik Jamal?” soal Umar. Matanya memandang Zul Shahriman.

Lelaki itu menjongket bahu. Lemah saja geraknya.

“Entahlah, Mar. Aku sendiri pun tak tahu sama ada aku patut terima atau tak permintaan dia tu. Nak terima, hati rasa berat. Tapi, kalau tak terima, hati aku tetap tak sedap. Isy, pening kepala aku fikir pasal hal ni,” keluh Zul Shahriman.

Kepala yang sedia pening kebelakangan ini digosok-gosok dengan telapak tangan beberapa kali. Cuba menghilangkan resah yang pastinya tidak akan lenyap dalam masa terdekat ini.

“Kau terima ajelah, Man. Mana tahu anak dia tu betul-betul jodoh kau. Kenal ke tak, itu belakang cerita. Yang penting, kau dah tunaikan permintaan Encik Jamal yang dah anggap kau seperti anak dia sendiri.” Wajah resah sahabat baiknya itu ditatap lagi.

Melihat riak lelaki itu pun Umar sudah dapat memahami rasa hati Zul Shahriman. Inikan pula Zul Shahriman yang mengalaminya sendiri.

“Apa pulak tak pentingnya, Mar? Kalau aku langsung tak pernah kenal anak dia, macam mana aku nak terima dia jadi isteri aku? Dia pun belum tentu nak terima aku jadi suami dia,” sanggah Zul Shahriman lembut.

Perkara yang tidak pernah terlintas dalam kepalanya itu benar-benar berjaya mengusutkan fikirannya yang sedia serabut sejak kebelakangan ini. Mujur saja otak dan segala saraf yang berkaitan berada di bawah kulit kepala. Jika di luar kepala, pasti semua orang akan nampak betapa kusutnya otak dia sekarang.

“Alah… Orang-orang dulu pun kahwin atas pilihan orang tua jugak. Bahagia aje aku tengok sampai ke tua. Kau tu kira bertuah tau sebab kau kenal jugak orang tua bakal isteri kau. Dibuatnya kau langsung tak kenal seorang pun ahli keluarga dia, lagilah kau merana.” Sehabis daya Umar cuba meyakinkan Zul Shahriman.

“Bertuah tu, bertuah jugaklah, Mar oi. Tapi, aku kenal ayah dia aje. Itu pun sebab ayah dia yang banyak bantu keluarga aku sejak kecil. Lagi pulak, ayah dia tu bekas majikan arwah ayah aku dan sekarang, dia jadi majikan aku pulak. Entah macam mana rupa anak dara majikan aku tu pun tak tahulah. Tapi, bab tu aku tak kisah sangat. Cantik ke, hodoh ke, aku terima aje asalkan perangai dia yang cantik. Tak bertudung pun tak apa. Janji gaya dan penampilan dia menyejukkan mata aku yang memandang.

“Yang buat aku risau, perangai dia tu. Dibuatnya perangai anak dara Encik Jamal tu sama aje tarafnya dengan perempuan kafir, mahu mati terkejut aku nanti. Sudahlah selama ni dia membesar dekat luar negara. Balik ke sini pun sekejap-sekejap aje. Entah-entah, jangankan nak solat, nak cakap bahasa Melayu pun dia tak tahu.”

Zul Shahriman sudah membayangkan yang bukan-bukan. Kalau gadis yang namanya Julia Laiqanisa tu tak cantik, Zul Shahriman memang tak kisah. Rupa paras, sampai bila sangat nak bertahan? Tapi, kalau gadis itu ada tabiat merokok? Kaki kelab? Kaki disko? Suka simpan anak ikan?

Nauzubillah! Minta jauhlah semua tu. Makin merapu otak serabut Zul Shahriman.

Dia sebenarnya tidak pernah bersua muka dengan bakal pasangan yang cuba dipadankan dengannya itu. Apalagi menatap wajah gadis yang sedang diperkatakannya sekarang. Bezanya, kisah gadis itu berada dalam pengetahuannya sejak kecil walaupun tidak sebanyak mana.

Itu pun Encik Jamal sendiri yang gemar membuka mulut bercerita kepadanya. Dia sendiri mahu bertanya? Jangan haraplah. Tak ada kena-mengena dengan dia pun.

“Alah, pasal bahasa pulak yang kau risaukan. Lantak dialah nak cakap orang putih ke, cakap orang hitam ke. Asalkan dia tak bisu sudah. Kau tu pun, bukannya tak tahu nak cakap orang putih. Malah, bahasa orang putih kau tu lagi baik slanganya daripada orang putih original. Kalau tidak, tak adalah orang selalu tersalah sangka kau orang tempatan masa kita belajar dekat Scotland dulu,” balas Umar selamba.

Sempat lagi dia memuji kelebihan Zul Shahriman yang turut dikagumi Umar dalam diam. Bukan itu saja. Banyak lagi kelebihan yang Zul Shahriman ada. Zul Shahriman sendiri saja yang tak perasan atau buat-buat tak perasan. Agaknyalah…

“Huh. Kalau dengan aku aje dia cakap orang putih, aku tak kisah sangat. Tapi, esok-esok aku bawa dia balik dia ke kampung, takkan aku nak biar aje dia cakap orang putih dengan mak aku dan orang-orang kampung? Malulah aku nanti. Nama saja kahwin dengan orang Melayu, tapi sepatah bahasa kita pun isteri aku tak tahu sebut.”

“Alah, itu kan hanya andaian kau. Belum tentu apa yang kau fikirkan tu betul. Entah-entah, dia jauh lebih baik daripada tu. Lagipun, Man… Bukan semua orang yang membesar kat luar negara lupa asal usulnya. Ramai lagi orang Melayu yang menetap di luar negara sana masih ingat dan mengamalkan adat budaya kita tau.

“Kalau betul pun dia tak tahu apa-apa pasal semua ni, kau boleh ajar dia lepas kau orang kahwin nanti. Tak dapat semua, sikit-sikit pun jadilah. Tapi, aku rasa, perangai dia tu tak adalah seteruk yang kau fikirkan. Mustahil majikan kau tak tahu nak ajar anak sendiri pasal adat budaya kita.

“Dia sendiri pun selalu galakkan pekerja-pekerja syarikat dia pakai baju Melayu setiap hari Jumaat. Nampak macam anak Melayu sejati katanya. Senang cakaplah, Man… Kau tengoklah dulu keadaan anak dara dia tu sebelum kau nak reject begitu aje.”

“Bab tu lain, Mar. Dah nama pun Encik Jamal tu majikan, mestilah dia kena tunjuk contoh tauladan yang baik kepada semua pekerja. Barulah para pekerja hormat dan segankan dia. Anak dara dia tu lain. Bukannya pekerja dia.

“Kau pun kenalah faham. Tak semestinya perangai ayah baik, anak pun ikut baik. Kena pulak anak dara dia tu tinggal dengan mak cik dia dekat luar negara sana sejak kecil. Belum tentu lagilah Encik Jamal kenal benar dengan perangai anak sendiri,” bantah Zul Shahriman. Tetap juga tidak setuju.

“Jadi, kau fikir anak dara dia tak tahu adat resam kitalah sebab dia tinggal di luar negara?” sanggah Umar. Dia menggeleng dalam senyum.

“Cuba kau jangan berfikiran negatif sangat, Man. Setiap manusia tu tak sempurna sifatnya. Anak dara Encik Jamal tu pun begitu jugak. Kau tak boleh jadikan itu sebagai satu alasan untuk kau tolak pinangan ayah dia. Manalah tahu, dia lebih baik daripada apa yang kau sangkakan.

“Lagipun, kau sendiri selalu pesan dekat aku. Jangan selalu buruk sangka dengan orang. Tak baik namanya. Belum apa-apa, kau pulak buruk sangka dekat anak dara Encik Jamal tu.” Umar masih cuba meyakinkan Zul Shahriman.

Jelas lelaki itu masih ragu-ragu dengan saranannya. Betul tekaan Umar bila Zul Shahriman mengeluh sesaat kemudian.

“Entahlah, Mar. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku jugak yang dipilih Encik Jamal untuk dijadikan menantu dia? Aku bukannya handsome mana pun. Harta pun tak ada. Hidup mewah jauh sekalilah. Pelik betullah,” rungut Zul Shahriman perlahan.

Bukan dia nak pertikai permintaan Encik Jamal. Hanya jauh di sudut hati, Zul Shahriman benar-benar pelik dengan tindakan Encik Jamal. Sudahlah begitu, tak malu pula lelaki itu meminta dia mengahwini anak perempuan lelaki itu. Betul-betul perigi mencari timba ni! Bezanya, perigi itu diwakilkan oleh tuan pemilik perigi itu sendiri.

“Itu kau kenalah tanya kepada Encik Jamal sendiri. Tapi, aku yakin, dia pasti ada sebab sendiri kenapa dia pilih kau jadi menantu dia. Lagipun, setiap manusia kan ada kelebihan sendiri. Mana tahu, dia terpikat dengan kau sebab kelebihan kau tu. Siapa tahu, kan?”

Sejak kecil Umar sudah mengenali Zul Shahriman. Lelaki itu sudah seperti saudaranya sendiri. Apatah lagi Umar sendiri pernah kehilangan abang kandungnya ketika kecil. Kewujudan Zul Shahriman seperti pengganti abangnya yang telah lama pergi menyahut seruan Ilahi.

Susah senang, mereka telah sama-sama merasainya. Kerana itu, Zul Shahriman yang dikenali dengan sikap peramah dan mudah mesra itu lebih senang berkongsi masalah dengan Umar biarpun Umar telah lama mempunyai keluarga sendiri sejak beberapa tahun lalu.

“Aku ada kelebihan? Apa sangatlah lebihnya aku ni, Mar. Kurang itu banyaklah. Lebih tu, aku tak nampak langsung.” Zul Shahriman tetap juga ragu-ragu.

“Kau jangan terlalu merendah diri, Man. Kau pun manusia biasa seperti aku. Kita sama-sama ada kelebihan dan kekurangan kita sendiri. Mata kau mungkin tak nampak kelebihan kau. Tapi, di mata orang lain, ada sesuatu yang istimewa tentang kau yang buat mereka tertarik kepada kau. Begitu juga dengan Encik Jamal.

“Aku tak fikir dia suka-suka saja pilih kau untuk dijodohkan dengan anak dara dia. Lagipun, kau membesar di depan mata dia. Sudah tentulah dia lebih banyak melihat kelebihan kau berbanding kau sendiri. Kalau tidak, tak adalah kau yang jadi pilihan dia padahal bukan kau seorang aje lelaki Melayu yang masih hidup di Malaysia ni,” tegur Umar lembut.

Tidak mahu sahabat yang disayanginya itu terus-terusan resah dengan keadaan yang dihadapinya ketika ini.

“Apa pun, aku nak kau fikir baik-baik tentang permintaan Encik Jamal. Mungkin ada hikmahnya kau terima pinangan Encik Jamal. Kalaupun kau nak tolak, kau tolaklah dengan cara yang tidak melukakan hati orang tua yang telah banyak berjasa kepada keluarga kau tu.

“Tapi, pada akulah, daripada kau tolak, baik kau terima aje pinangan dia tu. Tak sakit kepala nak cari calon isteri dah. Antara serasi ke tidak, usaha dulu. Jangan lupa berdoa. Insya-Allah, bahagia kau nanti, Man.”

PRAK!

Bunyi itu menghancurkan lamunan panjang Zul Shahriman. Dia mengucap panjang tatkala terpandang pensel di celah-celah jari-jemarinya. Entah bila masa dia mematah dua pensel kayu itu, dia sendiri tidak sedar. Sambil melepas nafas lemah, dia menepuk dahi perlahan.

Kahwin dengan Julia. Hidup bersama Julia. Jadi suami kepada Julia.

Ayat-ayat itu berputar-putar dalam kepala. Memaksa otak Zul Shahriman terus-terusan berfikir. Menimbang tara menurut akal waras tanpa mengetepikan kata hati.

Sepanjang dia bernafas di dalam dunia ini, belum sekali terlintas dalam hati Zul Shahriman untuk bergelar suami kepada seorang gadis asing yang tidak dikenalinya. Apatah lagi gadis itu merupakan puteri tunggal kepada majikan tempatnya mencari rezeki. Tempat dia sekeluarga bergantung hidup selama ini.

Banyak sudah budi Encik Jamal kepada mereka. Sejak kehilangan ayah kandung ketika berusia tujuh tahun, Encik Jamal banyak bersusah payah menyara kehidupan dia sekeluarga. Makan minum, pakaian, pendidikan, malah tempat tinggal juga disediakannya.

Segulung ijazah yang diperolehinya daripada salah sebuah universiti di Scotland tidak lama dulu pun adalah hasil daripada budi dan jasa Encik Jamal.

Atas budi itulah yang mengikat Zul Shahriman daripada menolak permintaan Encik Jamal untuk membantu Encik Jamal menerajui syarikat hartanah lelaki itu sebaik tamat pengajian. Bahkan segala permintaan lelaki itu akan dipenuhinya selagi dia terdaya.

Namun, permintaan Encik Jamal kali ini sangat-sangat sukar untuk Zul Shahriman laksanakan. Terlalu susah bagi akalnya mencari jawapan terbaik biarpun telah berhari-hari urat-urat kepalanya bekerja keras.

Sebagai penghutang, Zul Shahriman sedar, dia perlu melangsaikan segala hutang piutangnya biarpun Encik Jamal tidak pernah meminta balasan. Lelaki itu pun terpaksa lakukannya kerana ingin melihat impian dia suami isteri tercapai.

Sekali gus meletakkan Zul Shahriman dalam keadaan serba salah. Dia tidak pasti persimpangan mana yang harus dilaluinya. Ikutkan hati, dia ingin menolak. Tapi, bagaimana jika setinggi gunung budi lelaki itu sudah ditanggungnya sejak kecil?

Dia yakin, sampai kiamat pun dia tidak akan mampu membalasnya. Lagi pula, dia sendiri tidak pernah ada teman istimewa selain daripada mak serta adik-adiknya. Encik Jamal sendiri sangat-sangat maklum tentang hal itu.

Lainlah kalau dia sudah ada buah hati. Bolehlah dia menolak permintaan Encik Jamal. Tapi, itu pun belum tentu dia sanggup melakukannya.

Dibuatnya Encik Jamal tetap berkeras mahukan dia menunaikan permintaan lelaki itu, sanggupkah dia mempunyai dua orang isteri sekali gus? Sedangkan seorang pun belum tentu dia mampu menanggung, inikan pula dua orang serentak.

Pap! Shahriman terus menepuk dahi. Sudah terlalu jauh dia melalut rupanya. Membayangkan perkara yang bukan-bukan. Akalnya kembali memerah urat fikiran. Mencari kemungkinan lain pula.

Kalau hatinya nekad mahu menolak, lain pula akalnya. Beria-ia akal nan satu itu menyuruh dia menunaikan permintaan Encik Jamal. Pendapat akalnya, selain menyelesaikan hutang, dia juga bakal membahagiakan hati semua orang yang selama ini mengharapkan dia mempunyai keluarga sendiri.

Masalahnya, mampukah dia membahagiakan Julia yang dibesarkan dalam limpahan harta kemewahan itu?

Tidak seperti dirinya. Dia sudah terbiasa dengan segala kekurangan hidup dan kudis kemiskinan. Lumpur dan debu-debu tanah. Itulah teman sepermainannya. Itu belum dikira dengan selut paya dan becak yang sudah sebati dengan dirinya.

Malah, sampai ke hari ini dia masih tidak jelak bergelut dengan semua itu andai ada peluang bercuti panjang di kampung.

Paling utama, mampukah dia membahagiakan Julia dan dirinya sendiri selama mereka hidup bersama nanti sedangkan dia sedar, dia dan Julia umpama ikan sepat dan ikan pari. Walau dalam spesies sama, namun habitat hidup mereka tetap berbeza.

Boleh ke Julia hidup bahagia dengan dia nanti? Setakat nak bagi makan pakai, bolehlah. Itu pun ala kadar saja. Harta benda? Apa sangat yang dia ada. Rumah dan kereta adalah. Itu pun masih belum langsai hutangnya.

Kalau limpahan wang ringgit dan kemewahan, memang dia tak mampu nak sediakan. Entah-entah, alatan mekap Julia pun dia tak mampu nak beli. Apatah lagi barang-barang berjenama. Harus dia jual segala harta yang dia ada untuk beri kesenangan kepada Julialah jawabnya.

Dilepas pandangannya ke seluruh ruang bilik pula. Akalnya tertanya-tanya. Mahu ke Julia tinggal di dalam rumah kecilnya itu? Setakat rumah semi-D dua tingkat begini, belum tentu Julia pandang sebelah mata.

Lainlah kalau rumah Zul Shahriman sebesar banglo Encik Jamal. Siap ada pembantu rumah lagi. Rumah dia jangan kata pembantu, kucing pun tak ada. Semua kerja rumah dia sendiri yang lakukan.

Kalau Julia kahwin dengannya, mahu ke Julia memasak, mengemas rumah dan membasuh pakaian sendiri? Walaupun Zul Shahriman lebih daripada mampu nak mengupah pembantu, tapi rasanya, bukankah lebih elok kalau suami isteri sama-sama melakukan semuanya? Selain boleh menjimatkan kos hidup, hubungan antara mereka juga akan jadi lebih erat.

Tapi, itu kata Zul Shahriman. Tak tahu pula apa kata Julia kalau dia cakap begitu kepada Julia nanti. Kalau Julia terima, alhamdulillah. Tapi, dibuatnya Julia tuduh dia kedekut atau sengaja nak mendera isteri sendiri, tak ke naya tu?

Aduh… Tepu terus akal Zul Shahriman daripada terus-terusan berfikir. Sungguh!

Leave a Comment