pengantin-untuk-encik-ceo

pengantin untuk encik ceo

Untuk melanggan boleh klik link di bawah ini

http://www.penerbitanfajarpakeer.my/?product=pengantin-untuk-encik-ceo

SKRIN telefon Oppo miliknya ditepuk berkali-kali. Masuk kali ini, sudah lima kali dia gagal mengurat jejaka yang diadd melalui Facebook. Entah apalah malang nasibnya. Kalau bab bercinta dan lelaki memang dia tidak pernah bernasib baik.

Tihany mengelus pipinya sendiri. Tak cantik ke aku ni? Rasanya tak adalah buruk sangat rupanya. Kulitnya putih, pipinya bak pauh dilayang, bibirnya merah bak delima, senyumannya manis bak madu. Itu yang sering dikatakan oleh kawan baiknya, Aliya.

Ermm, entah betul entah tidak! Si Aliya tu bukan boleh percaya sangat.

Tihany mengeluh perlahan. Jarinya dilayangkan pada skrin telefon dan dia hampir terbelalak melihat gambar salah seorang kenalannya dalam akaun Facebook. Mohd. Khairul Al-Ghazie. Gambar tunang? Dengan Damia Zulaikha.

Tihany mencebik. Sedih mengenangkan kisah cintanya yang tidak kesampaian. Akhirnya, Damia Zulaikha yang berjaya meraih cinta lelaki itu. Bertuah betul perempuan itu.

Telefonnya berbunyi menandakan ada SMS. Tihany intai macam orang tak berperasaan, tapi apabila terbaca nama si penghantar dia terus bangun dan duduk menegak. Alamak, bos!

Esok saya nak awak batalkan appointment saya dengan Tan Sri Ismail.

Aduh, batal pula! Semalam dia yang beria-ia sangat nak jumpa dengan Tan Sri Ismail. Bila dia dah susah payah aturkan appointment, suka hati saja nak batalkan. Buat penat saja! rungut Tihany sebal.

Baik, bos. Kalau dia tanya kenapa? Saya nak jawab apa?

Send. Selang beberapa minit, bosnya membalas.

Eh, saya tak rasa awak dibayar gaji tiap-tiap bulan untuk tanya saya soalan bodoh macam tu. Satu saya nak ingatkan awak, saya tak suka soalan-soalan bodoh.

Tihany menaikkan mata hitamnya ke atas sambil buat muka menyampah. Itulah bosnya, Encik Ahmad Ziyaad Adfie. Sombong. Serius. Muka selalu ketat macam orang mati bini.

Kalau bukan sebab susah nak dapat kerja sekarang ini jangan harap dia sanggup jadi setiausaha lelaki macam itu. Jiwa yang sihat pun boleh jatuh sakit. Nampaknya dia yang kena fikir tentang alasan yang bakal diberikan kepada Tan Sri Ismail.

Lama juga dia berfikir, tapi akalnya langsung tidak mahu memberikan kerjasama. Beku saja. Ketika itu, pintu biliknya diketuk berkali-kali.

“Masuk! Pintu tak kuncilah,” jawab Tihany berbasi-basi. Dia tahu siapa yang mengetuk pintu itu. Aliya.

“Hoi, kau buat apa menghadap telefon tu? Kau bukannya ada boyfriend pun,” ujar Aliya seraya melompat naik ke atas katil bujang Tihany.

Gadis itu tersenyum senget melihat muka ketat Tihany.

“Amboi, mentang-mentanglah aku ni tak hot macam kau, sedap aje mulut kau mengata aku, kan?” Tihany mencebik.

Satu jelingan diberikan kepada Aliya yang tersengih macam kerang busuk.

“Alah, aku gurau ajelah. Itu pun nak merajuk. Meh sini aku cium pipi gebu kau tu.” Aliya memuncungkan bibirnya, konon mahu mencium pipi Tihany.

Tihany menahan dengan tapak tangan. Dahi Aliya ditunjal perlahan. Aliya memang selalu bergurau begitu.

“Dah, kau jangan kacau aku. Aku tengah pening ni. Bos nak aku batalkan appointment dengan Tan Sri Ismail. Eii, geram betul aku! Aku dah elok-elok atur temu janji dia orang dia boleh batalkan saat-saat akhir macam ni. Pening kepala aku nak melayan perangai bos tu. Dahlah sombong!” gerutu Tihany sambil menggosok kepalanya. Serabut betul.

“Kau ni macamlah tak biasa dengan fiil bos kesayangan kita tu. Reda ajelah, Tiha. Nasib kaulah jadi setiausaha dia. Aku memang tak sanggup nak hadap muka kelat dia tu. Memanglah dia handsome, tapi tak tahan dibako tiap hari. Muka dia tu buat aku lagi rela cuci jamban tau,” balas Aliya disambut hilai tawa daripada Tihany.

Serentak itu, Tihany menepuk bahu Aliya.

“Yalah tu. Nanti aku cakap dekat bos yang kau nak tukar kerja jadi tukang cuci jamban, nak?” seloroh Tihany pula.

“Isy, kau jangan buat pasal Tiha. Mampus aku mereput dalam jamban kalau bos betul-betul tukar jawatan aku,” tukas Aliya.

“Tahu pun takut. Tapi, kalau bercakap tu bukan main lagi berapi.”

“Belakang bos aku beranilah. Kalau depan-depan, tak beranilah aku, Tiha. Yang kau ni tayang muka sememeh apa hal? Takkanlah sebab bos batalkan temu janji dengan Tan Sri Ismail tu aje kau nak moody macam ni?” tempelak Aliya apabila Tihany tiba-tiba mencuka.

Agak-agaklah nak sedih pun. Hisy!

“Bukan pasal tulah, Al. Aku sedih pasal hal lain. Aku pernah beritahu kau pasal aku admire sorang mamat yang aku kenal dalam Facebook ni, kan?”

Aliya mengangguk. Memang Tihany selalu berkongsi tentang lelaki itu dengannya. Tapi, dia dah lupa nama lelaki yang Tihany maksudkan.

“Kenapa dengan dia?”

“Aku tengok status FB dia tadi. Dia dah… bertunang,” jawab Tihany perlahan.

“Hah?” Aliya terbelalak. “Bertunang?”

Tihany mengangguk sambil mencebik. Sedih betul!

“Eh, macam mana dia boleh bertunang dengan perempuan lain padahal kau cakap kau dengan dia sedang kenal hati budi, kan?” Aliya mengerutkan dahi.

Seingatnya Tihany beria-ia memberitahu yang mereka dalam proses mengenali hati masing-masing. Apa cerita ni?

“Ia, Al. Pihak aku memanglah macam tu. Aku ingat dia serius nak bercinta dengan aku, rupanya dia pun penipu besar. Dia dah ada kekasih pun. Kalau tidak, takkanlah tiba-tiba nak bertunang, kan? Ya Allah, kenapalah aku ni malang sangat kalau pasal cinta? Sedih tau.” Tihany mula tersedu.

Sedih pula memikirkan dia yang kadang-kadang terpaksa tidur jam 2.00 pagi kerana melayan lelaki itu berborak melalui Messenger. Ingatkan lelaki itu ikhlas nak berkawan. Rupanya penipu juga!

“Okey, dah. Kau bukannya pernah jumpa dia pun. Kau tak payah nak bazirkan air mata kau tu untuk lelaki macam tu. Faham? Banyak lagilah lelaki kat luar tu. Kau cakap aje kau suka siapa. Aku tolong nguratkan untuk kau.”

Tihany ketawa mendengar lawak sengal sahabat baiknya. Ada pula nak tolong mengurat? Mana ada orang pernah buat?

“Kau tak payah nak buat lawaklah, Al. Kalau kau tolong ngurat nanti kau yang kebas. Kau kan playgirl. Aku memang tak boleh percayakan kau!”

“Alah, kau boleh percayakan aku. Aku playgirl yang setia pada yang satu, tau.” Aliya beria-ia mempertahankan diri.

“Yalah tu. Dah, kau boleh keluar sekarang sebab aku nak tidur dah. Esok pagi aku kena telefon Tan Sri Ismail pasal temu janji yang batal tu. Malam ni, aku nak kerah otak aku fikir apa alasan yang aku patut berikan.” Tihany menolak tubuh kurus Aliya supaya turun dari katil.

“Amboi, halau nampak? Sakit hati aku ni! Okey, aku keluar.” Aliya turun dari katil dengan muka tidak puas hati.

Tihany cuma ketawa mengekek.

“Esok jangan lupa kejutkan aku. Sebab malam ni aku tidur lewat. Nak borak dengan buah hati aku.” Aliya sempat berpesan ketika dia berdiri di pintu bilik.

Dia mengenyitkan mata sebelum keluar dari bilik Tihany.

Tihany sekadar mengangguk. Senyuman masih bersisa di bibirnya. Tinggal serumah dengan kawan yang sengal macam Aliya memang dia tidak sempat nak rasa sedih. Aliya pandai pancing moodnya. Dalam apa jua situasi Aliya sentiasa menyokongnya.

Skrin telefonnya direnung lagi. Perasaan sedih masih bergayutan dalam hati. Wajah ceria Khairul di sisi perempuan yang menjadi tunangannya benar-benar mengusik hatinya. Cepat-cepat dia meletakkan telefonnya di bawah bantal.

Huh! Buat apa dia nak sedih? Lebih baik dia tidur. Dia nak fikir apa alasan yang dia nak berikan kepada Tan Sri Ismail esok.

Leave a Comment