please-marry-me-teacher

please marry me teacher

Untuk melanggan boleh klik link di bawah ini

http://www.penerbitanfajarpakeer.my/?product=please-marry-me-teacher

RAUNGAN nada dering telefon pintar menyebabkan tubuh berselimut itu bergerak-gerak. Dengan kelopak mata yang masih separa tertutup, tangan kanannya tergapai-gapai mencari telefon pintar yang diletakkan di atas meja laci kecil di sudut sebelah kanan kepala katil.

“Helo,” sapanya dengan desis suara serak-serak basah. Tubuh ditiarapkan di atas tilam empuk dengan mata yang masih dipejam rapat.

“Assalammualaikum. Ini Cik Hana Carmelia binti Samsudin ke?” sahut seseorang di hujung talian.

“Waalaikumussalam. Ya saya. Siapa ni?”

“Saya Puan Saridah daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.”

Terus mata Hana Carmelia membulat apabila si pemanggil di hujung talian memperkenalkan diri. Serentak itu juga dia bangun.

“Ya, puan. Ada apa ya?” Dadanya tiba-tiba berdebar-debar tidak sabar.

“Saya ingin memaklumkan kepada Cik Hana Carmelia yang cik ditawarkan untuk berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 bahagian sekolah menengah di Pulau Pinang.”

Hana Carmelia menutup mulut yang terlopong kerana kurang percaya dengan berita yang baru menjengah corong telinganya. “Betul ke puan?”

“Insya-Allah, betul. Tahniah, Cik Hana Carmelia.”

“Alhamdulilah.”

Syukur. Ucapan itu dia panjatkan kepada Sang Pencipta. Gembiranya bukan kepalang apabila menerima khabar berita yang dinanti hampir setahun menunggu penempatan.

“Boleh saya tahu, saya ditempatkan di sekolah mana?” Perasaan gembira diletakkan ke tepi sebentar, ada yang menunggu di hujung talian. Tidak sopan pula jika dia tidak melayan.

“Oh, Cik Hana Carmelia ditempatkan di SMJK Bok Seng atau lebih dikenali sebagai Bok Seng High School.”

“Sekolah seratus peratus Cina ke puan?” Hana Carmelia terkebil-kebil, agak kurang senang.

“Ya. Setahu saya, 99 peratus pelajar di Bok Seng High School merupakan pelajar berbangsa Cina.”

Fuu. Satu helaan nafas berat kedengaran dilepaskan Hana Carmelia seusai dia mematikan talian. Bibir dijuihkan panjang dengan muka berkerut seribu. Dia gembira apabila mendapat berita penempatan, tapi kenapa sekolah Cina?

Bukan dia tidak senang mengajar anak berbangsa Cina, tetapi dia lebih biasa dengan pelajar pelbagai bangsa. Lagi pula, dia tahu budaya belajar dan budaya kehidupan mereka yang berbeza mungkin akan mencabar keupayaannya sebagai seorang guru baru. Lebih-lebih lagi sebagai guru bahasa Melayu.

Umi, Hana rasa nak menangis. Huhuhu.

SATU tumbukan padu dihadiahkan ke dagu lelaki bertanda nama Jeremy Yeap itu. Lelaki tersebut jatuh bergolek ke jalan bertar hitam berbatu.

“Erghh…” Terdengar desahan kesakitan keluar dari bibir Jeremy. Kelam seketika terasa keadaan dunia.

Melihatkan keadaan ‘bos’ mereka yang tampak tewas, kumpulan Jeremy di belakang seramai enam orang mula menapak ke hadapan. Mereka bersiap siaga untuk menyerang balas lelaki bertubuh tinggi dengan tiga rakannya yang lain.

Jeremy cepat angkat tangan sebagai isyarat bahawa dia masih tidak apa-apa.

“Jangan masuk campur,” ujar lelaki itu tegas dan keras. “Biar aku selesaikan budak hingusan ini sendiri!”

Tak semena-mena dia bingkas bangun. Sakit yang bertandang dibiarkan hilang dimamah ego yang dalam. Musuh ketat di hadapannya itu dipandang sinis. Sambil-sambil tangan kanan meregang-regangkan otot dagu yang terasa lari.

So…” Jeremy mengatur langkah ke hadapan dengan gerak tubuh terhuyung-hayang.

Gerak tubuh yang sengaja memancing provokasi. Sampai tepat di hadapan musuh ketat yang bertubuh agak tinggi berbanding dengannya itu, dia berhenti.

Jeremy melangut, memandang tanda nama lelaki itu. Jelas tersulam rentetan beberapa konsonan dan vokal menjadi satu perkataan iaitu Noah Tan.

“Gengster Bok Seng High School hanya mampu pukul aku macam ni? Macam ni?” Jeremy menempelak sambil mengajuk-ajuk tumbukan lembik Noah Tan dengan mengacah-acah ke muka lelaki itu.

Noah Tan membalas provokasi itu dengan muka bersahaja. Tak terkesan. Tidak dia hairan. Malah, dia pula yang tersenyum senget. Muka Jeremy yang berjerawat batu itu dicerlung macam nak terkam.

Apalagi, berapilah darah muda Jeremy melihat reaksi tersebut. Awalnya nak provok, tetapi dia sendiri terkena jerat. Serta-merta dia menolak lelaki itu ke belakang. Pada masa yang sama, dia mengayunkan tendangan ke perut Noah Tan.

Lelaki itu sempat mengelak. Kolar baju sekolah Jeremy yang belum sempat bersedia, cepat dicekup. Leher musuhnya itu dipaut dengan lengan. Lutut lelaki itu dipatahkan agar kedua-dua lututnya menyembah tar.

“Setakat ini aku boleh bagi pada kau. Cukup?” Sinis dia berbisik ke telinga Jeremy.

Jeremy tercungap-cungap, cuba meronta agar dilepaskan, tetapi lengan musuhnya itu sudah terlalu ketat mengunci lehernya. Tubuhnya juga sudah dikunci kejap. Tak mampu lagi menahan kesakitan, dia memberi isyarat mata agar anak buahnya melakukan serangan balas.

Tidak membiarkan serangan itu berlaku di sebelah pihak sahaja, tiga sahabat Noah Tan menerpa ke hadapan. Mereka tangkas mematahkan serangan kumpulan Jeremy dengan kemahiran bergaduh yang sudah bertahun dipraktikkan.

Tidak beberapa lama, bergelimpangan tubuh ahli kumpulan Jeremy berserta tubuh Jeremy sekali. Tertiarap menyembah bumi.

Noah Tan melirik ketiga sahabatnya. Mereka berbalas senyum. Puas dengan kemenangan pada ‘pertempuran’ kali ini. Dan seperti hari-hari lain pun, Jeremy tak pernah menang!

“Jom,” ajak Noah Tan sebelum mereka berempat serentak berpaling ke arah motosikal yang ditongkat di tepi longkang lorong ‘pertempuran.’

Vroom! Vroom! Berkepul-kepul asap keluar daripada ekzos Ducati Monster milik Noah Tan ke muka Jeremy dan konco-konconya yang tertiarap di belakang.

“Hadiah untuk kau,” jerit Noah Tan sinis sebelum memulas pedal minyak lalu memecut laju.

HANA CARMELIA melangut memandang bangunan bercat putih, biru dan kuning di hadapannya. Satu plak besar tulisan Cina terpampang betul-betul di tengah bangunan tersebut. Di bawah tulisan Cina itu terdapat satu gambar yang pada pendapat Hana Carmelia merupakan lencana sekolah ini. Pada bawah gambar lencana tersebut tertulis Bok Seng High School.

Bermakna, betullah ini tempatnya. Selama 20 minit dia merayau-rayau mencari letaknya sekolah, rupa-rupanya di sini. Sukarnya hendak mencari sekolah ini kerana ia terletak di tengah-tengah kawasan perumahan. Sudahlah dia bukannya biasa dengan kawasan pulau ini.

Hana Carmelia melangkah ke hadapan melalui satu kawasan di tengah-tengah bangunan yang sepertinya satu laluan untuk masuk ke bangunan seterusnya. Mata Hana Carmelia terus tertancap pada tulisan besar PEJABAT, beberapa langkah selepas dia memasuki laluan tersebut.

Dia tersenyum lebar. Nampaknya, pencariannya dipermudah Tuhan. Alhamdulilah.

Cepat-cepat dia mengatur langkah ke tempat yang dituju. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang sebab dia tersadung kaki sendiri. Hampir sahaja dia terlentang ke belakang, tetapi nasib baik ada tangan yang cepat menariknya semula.

Mata Hana Carmelia bertentang dengan mata si penyelamat di hadapan. Terpegun seketika. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah.

Dia itu, lelaki. Seorang lelaki bermata separa sepet, berhidung mancung dengan pakej bibir basah kemerah-merahan. Potongan rambut side part. Rambut pendek, tetapi tidak terlalu nipis lalu disikat kemas belah tepi. Wah!

Pandangan teruja Hana Carmelia melurut pula ke tubuh tinggi lampai lelaki yang memakai baju-T warna jingga. Tubuhnya sederhana, tetapi berotot. Cuma dia tidak terlalu kurus, tidak juga terlalu sado. Ada tertampak ketulan di dada lelaki itu, menujukkan dia seorang yang gemar bersukan.

Wau! Fantastik. Cikgu ke ni? Handsomenya. Macam Kim Woo Bin pelakon The Heirs. Kalau dilihat susuk tubuh ni, macam lebih kurang sebaya aku. Hailah, Hana. Kalau macam ni punya handsome cikgu-cikgu, sumpah tak menyesal datang sini. Muahahaha!

Excuse me, lady? Excuse me…”

Suara agak kuat yang menjengah telinganya membubarkan khayalan Hana Carmelia. Cepat-cepat dia menarik lengannya daripada pegangan lelaki kacak bertubuh tinggi itu.

“Maaf, saya tak sengaja,” pohon Hana Carmelia, ikhlas.

Satu senyuman lebar dihadiahkan tanda berterima kasih.

Kalaulah awak tak ada, tak tahu apa jadi dengan saya. Cium lantailah gamaknya. Terima kasih. Tergedik-gedik pula pandangan matanya terkelip-kelip.

Lelaki itu membalas permohonan maafnya yang super ikhlas itu dengan pandangan kerek. Seolah-olah mengejek pun ada juga. Bersama dengusan tanpa sepatah kata, dia berlalu pergi. Perempuan itu ditinggalkan melopong.

Kepala digeleng tanda tak percaya. Amboi, biadab betul layanan kau. Berlagak. Ingat kau handsome sangat ke? Haisy!

Dengan hati yang separa bengkek, dia mengibas-ngibas baju kurungnya yang sudah tak terurus. Tudung dibetul-betulkan. Fuh! Usai melepaskan nafas bersedia, dia melangkah masuk ke dalam pejabat.

Macam mana sekolah? Okey ke?” tanya Puan Jamilah, umi kepada Hana Carmelia di hujung talian.

Hana Carmelia menapak membaringkan tubuh di atas sofa yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. Dia membetulkan kedudukan telefon pintar di telinga.

“Setakat sekarang, okeylah umi. Pentadbir okey sangat. Pengetua Hana, Encik Khoo tu baik sangat. Cuma kelas tak tahulah lagi sebab Hana belum masuk kelas. Esok jadual waktu berkuat kuasa.”

Puan Jamilah membulatkan bibir. Faham. “Hana ajar tingkatan berapa?”

“Tingkatan lima dan empat, umi.”

“La, baru posting dah kena ajar kelas tingkatan lima dan empat? Cabaran yang agak hebat untuk anak umi ni.”

“Itulah. Sebab sekolah ni tak cukup cikgu bahasa Melayu. Dua orang bersara awal bulan hari itu. Hana terpaksalah ganti dia orang. Hana risaulah, umi.”

“Hana risau apa? Hana tak yakin ke?”

“Yalah. Tak sampai setahun lagi dia orang SPM. Kalau Hana gagal, macam mana? Mestilah Hana yang akan dipersalahkan, kan umi?”

“La, ke situ pula anak umi fikir. Hana, belum cuba belum tahu, kan. Hana dah empat tahun siapkan diri untuk menjadi pendidik. Gunakan semua pengetahuan dan kemahiran yang Hana ada itu untuk berusaha sedaya upaya. Jangan cepat mengalah. Okey?”

Hana Carmelia diam tidak menyahut. Muhasabah diri mungkin dengan nasihat Puan Jamilah.

“Baru sehari. Jauh lagi nak melangkah. Umi pun pernah rasa apa yang Hana rasa. Jangan risaulah, hmm?”

“Yalah, umi sayang. Seronoklah umi dengan baba sebab dah bersara. Hana lambat lagi.” Dia menjuih bibir panjang.

“Apa anak umi ni? Baru sehari masuk kerja dah fikir pasal bersara.”

Terus Hana Carmelia tersengih tampak gigi. Macamlah umi dapat tengok sengih kambing dia tu. “Hana gurau ajelah umi.”

“Hana, Hana.” Puan Jamilah hanya mampu menggeleng kepala dengan keletah anak tunggalnya itu. “Ni Hana dah makan ke belum ni? Rumah sewa okey ke?”

“Dah. Hana bungkus aje hari ini, umi. Malas nak masak. Rumah sewa okey. Sekarang Hana seorang aje. Tunggu kawan sekolah Hana, Lieda masuk minggu depan.”

“Kenapa dia tak masuk minggu ni aje?”

“Dia tinggal sementara dengan kakak dia kat seberang sementara nak cari teman rumah. Lepas ni dia tinggal dengan Hanalah. Legalah sikit. Kuranglah duit sewa rumah.”

“Tak apalah. Jaga diri Hana baik-baik, tau. Ingat Allah. Doa banyak-banyak semoga semua urusan Hana dimudahkan. Jangan mudah percaya sangat dengan orang. Ya?”

“Ya, umi. Dah banyak kali umi pesan kat Hana. Insya-Allah, tak ada apa-apa. Amin.”

Begitulah kalau namanya ibu. Risau bukan kepalang apabila terpaksa melepaskan anak-anak keluar. Tambah-tambah lagi jika anak perempuan. Berganda risaunya. Dengan keadaan jenayah yang makin meningkat saban hari, makinlah bertambah gusar mereka.

Leave a Comment