SAYANG AWAK, ENCIK PENGANGGUR

SAYANG AWAK, ENCIK PENGANGGUR

Untuk melanggan boleh klik link di bawah ini

http://www.penerbitanfajarpakeer.my/?product=sayang-awak-encik-penganggur

PENUH gaya dia mengheret bagasi. Sambil memerhati sekeliling, mulutnya menyanyi-nyanyi kecil. Mengikut rentak lagu yang kedengaran daripada earphone yang diselit ke lubang telinga. Tempat itu tidak kelihatan asing baginya walau dia jarang-jarang ke situ dulu. Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masanya banyak dihabiskan untuk berulang-alik dari negara luar ke negara ini. Lantas dia semakin biasa dengan tempat itu. Dalam masa yang sama, dia tetap berharap kedatangannya tidak diketahui sesiapa, terutama mereka yang tidak jemu-jemu memburunya sejak dulu.

“Awak, jangan lari!”

Sayup-sayup kedengaran satu suara memetir. Dia tidak mempedulikan. Dalam ribuan manusia di ruang lapang itu, jeritan sebegitu dianggap sebagai salah satu daripada irama keriuhan yang wujud di situ baginya.

“Saya kata jangan lari!”

Jeritan itu kedengaran semakin dekat. Menjadikan kakinya tidak lagi mahu melangkah. Sebaliknya, dia teruja mahu melihat pemilik suara lantang itu. Dalam kata lain, dia mahu tahu siapa dia manusia yang sudah mengganggu ketenteraman telinganya dengan jeritan yang mengalahkan bunyi kapal terbang mahu berlepas itu!

Elok saja dia berkalih tubuh, buk! Dada bidangnya yang dilapisi kemeja dan kot hitam sudah dicium seseorang sebelum tubuh yang melanggarnya itu terlentang jatuh ke lantai.

“Maaf encik. Saya tak sengaja langgar encik. Minta diri dulu!” Gadis berpakaian T-shirt lengan panjang dan berseluar jean longgar itu tergesa-gesa bangun.

“Hei, aw…”

“Minta maaf encik. Saya tahu saya salah, tapi lain kali ajelah encik marahkan saya. Itu pun kalau kita jumpa lagi ya. Saya nak cepat ni. Bye-bye.” Gadis itu terus menghilangkan diri usai menghadiahkan sebaris senyuman.

Terkaku dia jadinya. Hilang terus segala marah yang baru mahu membukit. Hati pula sudah bergetar hebat. Dihambat satu rasa yang tak pernah dialaminya sebelum ini. Lantas, dia ikut melorek senyum dari balik cermin mata hitam yang terlekat kemas di batang hidungnya.

“Manis.” Dalam tak sedar, sepatah kata itu terluah dari celah bibir merahnya. Dia tersenyum lagi.

“PADAN muka! Lain kali mencuri lagi. Kalau aku nampak muka kau lagi lepas ni, aku sendiri yang akan heret kau ke lokap tahu!” jerkah Qaila. Kuat jari-jemarinya mencekak lengan lelaki bertubuh kurus kering itu.

“Saya minta maaf cik. Saya lapar sangat. Sebab tulah saya mencuri. Tolong jangan bawa saya ke balai. Kesiankanlah saya cik,” rayu lelaki itu.

Dia cuba melepaskan diri. Cubaannya gagal memandangkan genggaman Qaila lebih kuat biarpun lelaki penagih itu meronta-ronta beberapa kali.

“Lapar konon!” cemik Qaila.

“Kalau dah penagih tu, penagih jugaklah! Ingat aku nak percaya cakap penipu macam kau ni? Boleh jalanlah!” jerkah Qaila.

Dia menolak tubuh yang sudah digari tangannya itu ke arah seorang anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu.

“Bawa dia terus ke balai polis. Pastikan dia duduk lama-lama dalam lokap. Buat malu nama Malaysia aje di mata orang luar.” Sempat lagi Qaila membebel dalam arahannya.

“Baik puan.”

Qaila hanya mengangguk sambil memandang lelaki itu dibawa pergi. Dia menepuk dahi tatkala teringat sesuatu. “Ya Allah. Aku datang ke sini sebab nak buat perkara lain. Macam mana aku boleh lupa ni?”

Kelam kabut Qaila berlari-lari anak. Menuju ke ruang menunggu semula. Sambil-sambil itu, matanya meliar ke sekeliling. Mencari mereka yang turut serta ke situ sejak dua jam lalu. Lega hatinya bila terpandang tubuh-tubuh manusia yang kini sedang memanjangkan leher masing-masing hampir ke setiap arah ruang. Pasti sedang mencari dialah tu.

“Woi kak, kau pergi mana? Mak dah nak sampai. Kau pula menghilang macam jin,” bebel Qayyum sebaik Qaila menghampiri.

“Aku pergi tangkap pencuri tadi,” beritahu Qaila selamba.

Dia duduk di bangkunya semula. Botol minuman milik Qayyum dicapai sebelum diteguk beberapa kali. Dahaga.

“Haih… Sempat lagi kau buat kerja kau ya kak. Bukankah kau cuti hari ni? Tak payahlah kau nak tunjukkan semangat kerja kau tu sangat. Tak adanya orang nak kisah.” Qashaf menambah rencah bebelan Qayyum.

Lelaki muda itu sudah berdiri mencekak pinggang di depan kakak sulung mereka. Muka pula ditayang ketat. Sengaja menunjuk marah padahal dia tidak kisah pun. Cuma geram dengan tingkah Qaila. Gila bekerja tak kira masa!

“Oi cik abang. Tanggungjawab sebagai anggota polis tu bukan kira hari cuti ke tak. Kalau kejadian tu dah berlaku depan mata, takkan aku nak biarkan begitu aje,” sergah Qaila tegas.

Pantang sungguh dia kalau pekerjaan mulianya dipertikai sesiapa, terutama adik-adiknya sendiri. Macam tak biasa pula!

“Itu aku tahulah, tapi kau tu, tumpu sangat pada kerja sampai kau sampingkan pula benda-benda penting lain. Nasib baiklah kau bukan bini aku, kak. Kalau tidak dah lama aku suruh kau berhenti kerja aje.” Qayyum sambung bebel.

“Betul. Betul. Aku setuju. Orang perempuan macam kau ni kak memang elok duduk kat rumah aje. Buat apa nak bahayakan diri buat kerja-kerja orang lelaki tu? Jangankan kita orang, lepas kau kahwin pun pasti laki kau suruh kau duduk rumah aje nanti. Kau tunggu tengok ajelah kak.” Suara Qashaf kedengaran begitu yakin.

“Eleh. Nak suruh aku berhenti kerja konon. Ingat sikit ya? Kerjaya polis ni bukan minat aku tau, tapi minat arwah ayah. Kalau bukan kerana kau orang bertiga yang tak nak jadi polis, dah lama dah aku jadi cikgu sekolah tau.”

“Kau ni kak. Itu pun kau nak berkira,” sengih Qashaf kelat.

Bila Qaila sudah mengungkit pasal perkara itu, baik dia mahupun Qayyum takkan mampu membalas semula.

“Eh, dahlah tu kau orang. Dari tadi asyik nak bertekak aje. Tak tahu malu ke kat orang sekeliling?” sampuk Quzairi sudah berdiri di antara mereka bertiga.

Sejak tadi anak muda itu sibuk memanjangkan leher. Mencari kelibat manusia yang sehingga kini masih ditunggu-tunggu kepulangannya. Bimbang kalau-kalau mereka terlepas dengar pengumumam yang dilakukan oleh pihak penerbangan. Sekali gus terlepas pandang kepulangan orang tersayang.

“Kau pun satu kak. Kata nak pergi toilet, tapi sempat pula kau tangkap pencuri ya? Kalau tangkap abang ipar seorang untuk kita orang tak apalah jugak.” Quzairi ikut sama mengusik.

Anak muda itu tersengih bila Qaila terus menayang buku lima.

“Tak ada maknanya kak kita ni nak buat begitu Ari. Kau tahu ajelah Kak Ila kita ni macam mana orangnya. Siang malam sibuk aje bekerja sampai nak cari calon suami pun tak ada masa. Macamlah dia seorang saja polis yang wujud dalam Malaysia ni,” kutuk Qayyum selamba. Dia hanya buat-buat tak nampak bila Qaila menjeling tajam.

“Payah-payah sangat kak, kau bagi ajelah kita orang carikan kau suami. Tak dapat handsome macam kita orang ni, dapat yang boleh jaga kau pun dah kira okey.” Seperti biasa, Qashaf menambah rencah kata-kata Qayyum.

“Amboi, kau orang. Suruh aku cari suami macam suruh aku beli kain batik kat kedai aje ya. Kau orang ingat senang ke nak cari lelaki baik dalam dunia ni? Mati hidup balik pun belum tentu ada tau,” sergah Qaila. Geram dengan perlakuan adik-adiknya.

Suka sangat mengungkit bab yang jarang-jarang dapat menembusi akal fikirannya itu. Qaila sendiri bukannya anti lelaki. Tetapi dunia kerjayanya telah banyak mendedahkan dia pada ragam-ragam manusia yang pelbagai. Ragam yang memberi dia satu kesimpulan. Baik di mata tak bermakna baik juga di hati. Contoh terbaik, kejadian yang baru berlaku beberapa minit yang lalu.

Qaila akui. Salah dia kerana terlanggar lelaki yang berpenampilan kemas itu ketika mengejar pencuri. Tapi, apa salahnya kalau lelaki itu maafkan dia begitu saja? Tak perlulah menayang muka ketat sebegitu sekali. Dia hanya melanggar tubuh lelaki itu, bukannya kereta mewah atau bangunan harta milik lelaki itu.

Perkara kecil saja pun. Itu pun nak ambil hati. Betullah lelaki-lelaki yang baik dah pupus dalam dunia ini!

“Alah, banyak aje lelaki baik yang kau nak tu kak. Kau tu aje yang memilih. Cuba kau buka mata kau tu luas-luas. Mesti kau jumpa jugak seorang nanti,” sahut Qashaf.

“Entah-entah dia dah ada depan mata kau kak, tapi kau aje yang tak nampak. Siapa tahu, kan?” Qayyum ikut serta mengiat.

Menyeringai kedua-dua beradik itu bila Qaila kembali menayang buku lima.

“Eii… Kau orang bertiga ni. Sudah-sudahlah bertekak. Itu mak dah sampai tu. Jom lekas pergi sambut dia.” Quzairi menyampuk tinggi.

Terbantut lidah Qaila nak membalas usikan adik-adiknya. Sebaliknya dia ikut serta bangun mendapatkan Puan Zara yang sudah kelihatan kelibatnya dari jauh. Sekali gus menghilangkan bayangan kejadian sebentar tadi daripada terus berada dalam kepalanya.

Leave a Comment