suamiku-tak-gentleman

suamiku tak gentleman

Untuk melanggan boleh klik link di bawah ini

http://www.penerbitanfajarpakeer.my/?product=suamiku-tak-gentleman

ALISYA melihat beberapa rekaan yang berada di atas mejanya. Bibir diketap. Mata terkebil-kebil melirik rekaan gaun berwarna merah hati yang sedang dipegangnya. Pandangan ditalakan pula kepada Miza dan Eda yang sedang sibuk di satu sudut. Masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.

“Eh! Lis, bukan hari ni ke you cakap mak dan ayah you balik? Dah pukul berapa ni?” Miza bersuara apabila melihatkan jam yang tergantung di dinding.

Alisya mengerling jam di tangannya. Terus dia terbangun dari kerusi sebaik melihat jam yang hampir ke pukul 11.40 pagi. Tergesa-gesa dia mencapai beg tangannya sebelum berlalu.

Belum sempat memulakan langkah, dia memerhati seketika ke arah meja. Kelihatan beberapa kertas rekaannya yang bersepah di situ. Ada yang sudah siap dan ada juga yang hanya terlukis rekaannya secara kasar.

“Tak apalah. Nanti I kemas,” luah Miza yang memahami maksud pandangan Alisya yang melihat kertas-kertas hasil rekaannya yang masih bersepah di atas meja.

Thanks. Agaknya mama dengan papa I dah sampai dah. Eh! Kau orang tolong jagakan butik tau. Kalau ada pelanggan, kau orang tunjukkan dulu rekaan yang I dah asingkan di dalam fail tu. Kalau dia orang nak yang custom made, kau orang suruh dia buat janji temu dulu.” Alisya yang tergesa-gesa mengatur langkah sempat menitipkan pesanannya.

“Yalah, bos. Macamlah kita orang tak biasa. You tu hati-hati bawa kereta!” jerit Miza yang menyorot langkah Alisya.

Alisya yang sudah melangkah keluar sempat mengangkat tangannya tanda mendengar. Kaki terus menuruni tangga dari aras dua butik itu. Tiba di luar, dia menuju ke kereta Maruti Suzuki Ciaz kesayangannya yang diparkir betul-betul di hadapan butik.

Beberapa meter dari tempat parkir, seorang lelaki yang sedari tadi menunggu di luar hanya memerhati. Lagaknya tenang dan bersahaja. Dia mengatur langkah apabila melihat susuk yang ditunggu sudah memasuki kereta Maruti yang berwarna merah itu.

Alisya yang baru menghidupkan enjin menjeling ke luar. Kelihatan seorang lelaki memasuki kereta Toyota Camry yang diparkir bersebelahan dengan keretanya.

Not bad,” gumamnya perlahan.

Timbul perbandingan dalam fikirannya apabila melihat kereta tersebut. Perbandingan yang empunya kereta dengan Luth Zafir. Sayangnya, wajah pemilik kereta tersebut tidak kelihatan.

Kereta dipandu perlahan keluar dari kotak parkir. Bibir terlukis segaris senyum apabila terbayangkan kedua-dua ibu bapanya yang akan ditemui sekejap sahaja lagi.

“Berapa tahun, ya? Dua tiga tahun macam tu?” Alisya sibuk mencongak.

Agak lama dia tidak bersua muka dengan mama dan papanya. Hari ini, kedua-dua orang tuanya akan pulang dari Australia.

Kereta terus dipandu. Dari arah belakang, Toyota Camry terus mengekori tanpa disedari oleh Alisya yang ingin cepat sampai ke rumah.

Kereta yang dipandu oleh Alisya tiba di sebuah rumah banglo mewah. Alisya pantas mencapai beg tangannya sebaik kereta diparkir di halaman rumah. Hati melonjak riang dan teruja untuk bertentang mata dengan kedua-dua ibu bapanya. Pintu kereta ditolak tidak sabar.

Baru sahaja menapak keluar, Alisya kehairanan. Beberapa buah kereta yang turut terparkir di halaman itu baru disedarinya. Matanya melingas memerhati sebaik cermin mata hitamnya ditanggalkan.

Kaki melangkah pantas menghala ke pintu yang sudah terbuka. Mindanya sudah dipenuhi dengan andaian yang bukan-bukan mengenai kedua-dua ibu bapanya apabila melihat empat buah kereta yang terparkir di halaman rumah. Jantung berdebar melebihi detak biasa.

“Lis!”

Datin Alimah menjerit kecil apabila melihatkan susuk anak gadis kesayangannya yang sudah berada di depan mata. Dia yang tadinya enak bersantai di sofa terus bangun menyambut Alisya.

Alisya menjeling sekeliling rumah. Kelihatan beberapa orang lelaki yang berdiri tegak bagaikan patung di ruang tamu dan berhampiran pintu rumah. Lelaki-lelaki itu turut memandang kepadanya.

“Lis?” Datuk Zamri pula menegur apabila melihatkan anak gadisnya yang diam seribu bahasa.

Alisya menapak ke arah mamanya. Sekarang dia sudah faham. Faham kenapa adanya beberapa buah kereta yang memenuhi halaman rumah. Riak wajahnya yang ceria menyambut kepulangan mama dan papa terus berubah corak.

“Apa ni papa?”

Datin Alimah cuma tersenyum sambil memandang kepada suaminya. Perkara yang sudah berulang kali dikatakan kepada suaminya. Sekarang, sudah terbukti dengan satu soalan yang diberikan oleh Alisya.

Alisya tetap mendepakan tangan memeluk mamanya yang dirindui. Hanya panggilan telefon yang menjadi penghubung dan medium untuk melepaskan rindu antara mereka anak-beranak.

“Lis sihat, sayang?” Datin Alimah tersenyum sambil mengelus wajah yang dirinduinya selama ini sebaik meleraikan pelukan.

Alisya mengangguk. Senyuman diberikan buat mama tersayang, namun tidak lama sebelum dia menoleh kepada Datuk Zamri kerana soalannya masih belum berjawab. Kelihatan papanya itu sudah mendepakan tangan sambil mengangkat kening kepadanya.

Alisya melangkah ke arah papanya biarpun muncung sudah ditarik. Sengaja dibuat-buat biar jelas pada pandangan papanya yang sudah tersenyum.

That’s my girl!” Datuk Zamri bernada girang apabila Alisya memeluk erat dirinya.

“Apa ni papa?” Alisya melepaskan lagi soalan yang sama.

Nadanya merengek manja pada pendengaran Datuk Zamri. Mata menjeling kepada beberapa orang lelaki yang berada di dalam rumahnya.

“Kan hari tu Lis nak papa dengan mama balik dan menetap terus di sini, kan?” Datuk Zamri membalas dengan menyoal kembali anak gadis kesayangannya.

Alisya terjeda. Bersinar-sinar sepasang matanya apabila mendengar kata-kata Datuk Zamri. Dia menoleh, memandang mamanya yang mengangguk perlahan bagaikan mengiakan pertanyaan yang sedang bermain dalam mindanya.

Seriously?!”

Datuk Zamri turut mengangguk. Dia sendiri gembira dengan penerimaan Alisya. Sengaja dia tidak memberikan kata putus sewaktu kali terakhir berbual dengan anak gadisnya itu. Dia ingin memberikan kejutan yang boleh menggembirakan Alisya.

“Jadi, semua ni, err…” Alisya mengerling beberapa orang lelaki yang masih terdapat di dalam rumah.

“Semua ni papa sediakan untuk Lis. Pengawal peribadi yang akan menjaga Lis mulai hari ini,” terang Datuk Zamri.

Alisya terus berkerut kening. Kepalanya digeleng perlahan.

“Kejap, kejap. Apa kaitan dia orang semua ni dengan kepulangan papa dan mama ke sini? Atau lebih tepat lagi, apa kaitannya dengan Lis? Lis tak naklah, pa,” luah Alisya, tidak puas hati.

Dia berlalu ke sofa. Beg tangannya dilepaskan sewaktu dia mengambil tempat di situ.

“Janganlah macam tu, sayang. Papa buat semua ni pun untuk Lis,” ujar Datin Alimah memujuk anaknya yang sudah menayangkan raut wajah cemburut. Bahu Alisya dipaut mesra.

Alisya tidak menghiraukan kata-kata mamanya. Sangkanya tadi, pengawal peribadi yang entah berapa jumlahnya itu adalah untuk papanya apabila papanya mengatakan akan terus menetap di sini setelah pulang dari Australia. Matanya masih memandang Datuk Zamri yang melabuhkan duduk di sofa yang bertentangan.

“Lis, papa tak nak kalau apa-apa terjadi pada Lis.”

“Nak terjadi apa? Selama papa dengan mama kat sana, Lis kat sini sorang-sorang tak ada apa-apa masalah pun. Tak ada siapa-siapa pun nak bunuh Lis ke apa,” sanggah Alisya geram.

“Oh! Really? Habis tu, yang Lis kena tampar dengan anak Tan Sri Mokhtar tu apa? Bukan si Sherina tu ada masalah mental ke? Daripada apa yang papa dengar, dia cuba nak bunuh seseorang, kan? Kalau Lis yang dijadikan sasaran, macam mana?” soal Datuk Zamri geram. Nadanya serius.

Datin Almah menghela nafas. Dia memilih untuk mendiamkan diri. Susah apabila kedua-duanya keras kepala. Baik suami mahupun si anak. Degilnya tetap sama. Keputusan akan hanya dicapai apabila salah seorang mengalah dalam berbahas kata.

“Papa, itu cerita tahun lepaslah. Tak payahlah nak ungkit,” ujar Alisya sambil menjegilkan matanya.

Geram bercampur malu kerana perihal tersebut kini dibongkarkan di depan para pengawal yang turut berada di dalam rumah. Biarpun masing-masing tidak mempamerkan sebarang reaksi, namun tetap saja mereka punya telinga yang mendengar.

“Habis tu, nak tunggu sampai benda buruk terjadi dulu baru Lis nak papa ambil tindakan? Itu nasib baiklah penampar. Dibuatnya si Sherina tu guna pisau ke apa?” Datuk Zamri melepaskan lagi soalan. Kali ini nadanya sudah berbaur emosi.

“Papa, sudahlah. Lagipun, dia bukannya ada kat sini lagi. Dah selamat pun Tan Sri Mokhtar hantar dia ke Jakarta. Apa lagi yang papa nak risaukan? Dah tak ada apa-apa pun yang terjadi kat Lis. Sampai ke hari ni, papa dengan mama balik sini. See? Tak ada apa-apa pun, kan?” balas Alisya sambil mengerling mamanya.

“Papa tak maksudkan Sherina tu aje. Macam-macam lagi benda yang boleh berlaku. Jadi, sebelum terjadi apa-apa pada Lis, lebih baik papa ambil langkah berjaga-jaga. You know how much I love you, right?” soal Datuk Zamri lembut.

Dia menyandar ke sofa. Nafas dihela dalam-dalam untuk melegakan perasaan sendiri.

Alisya turut membungkam di sofa. Cuma bahunya yang digosok lembut oleh mama yang inginkannya bersetuju untuk menerima cadangan papa. Dia sendiri tidak suka dengan situasi tegang sekarang. Baru saja bertentang mata, terus hendak berperang mulut dengan papanya. Namun, kedegilannya memaksa dia untuk terus diam membisu demi inginkan kemenangan.

Datuk Zamri bingkas bangun dari sofa. Kaki menapak menghala ke sofa yang diduduki oleh isteri dan anak tersayang. Alisya yang keras bagaikan patung mengundang senyuman di bibirnya. Kepala digeleng perlahan. Dia faham sangat akan perangai anak tunggalnya ini.

“Lis, satu hari nanti Lis akan berterima kasih kat papa sebab buat semua ni. Papa akan lakukan apa saja demi melindungi Lis. And you know what honey?” Datuk Zamri bernada ceria, cuba mengambil hati anak yang kian menarik muncung.

What?” balas Alisya. Manja. Jauh dalam hati tidak tergamak untuk terus tidak menghiraukan papa tersayang.

Datuk Zamri dan Datin Alimah sama-sama menguntum senyuman apabila pandangan mata bertaut menjadi satu. Biarpun cuma sepatah perkataan yang lahir dari bibir Alisya, itu sudah memberi harapan yang anak gadis mereka akan bersetuju dengan cadangan Datuk Zamri.

“Lis boleh pilih sendiri pengawal peribadi Lis. Antara mereka semua ni, yang mana satu Lis suka? Papa takkan halang,” jelas Datuk Zamri.

Alisya menjulingkan mata ke atas. Ingatkan apalah tadi. Rupa-rupanya itu saja yang ingin dikatakan oleh papanya. Bukannya dia tidak tengok tadi dengan mata kepalanya sendiri raut wajah para pengawal yang ada di dalam rumah. Sempatlah tengok seorang dua. Langsung tidak kacak. Apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Luth Zafir! Huh!

“Lis?” tegur Datin Alimah apabila Alisya hanya mendiamkan diri.

“Nak pilih? Dia orang ni semua?” balas Alisya sinis.

“Lis, kalau Lis tak suka yang mana ada, kita boleh tukar, sayang. Bila-bila masa. Kalau hari ni pun Lis nak tukar, hari ni juga papa hubungi agensi tu,” jawab Datuk Zamri beria-ia.

“Emm,” gumam Alisya dengan nada malas.

Datuk Zamri menoleh kepada para pengawal yang terpacak berhampiran pintu masuk.

“Kamal.” Sebaris nama itu diseru.

Seorang lelaki menoleh. Kelihatan Datuk Zamri menganggukkan kepala kepadanya. Isyarat diberikan pula kepada rakan-rakan pengawalnya yang lain.

Selang beberapa saat, lapan orang pengawal peribadi sudah beratur di ruang tamu. Semuanya siap sedia berbaris untuk menerima sebarang arahan yang bakal diberikan oleh majikan yang baru mengupah mereka.

“Lis, sekarang Lis pilih sendiri. Lis boleh pilih empat atau lima.”

“Empat?!” Alisya terkejut.

Permintaan papanya dirasakan tersangatlah mengada-ada dan tidak harus dipenuhi.

“Ya. Empat atau lima orang dan selebihnya untuk jaga papa dan mama. Kalau tak cukup, papa ambil lagi sebab mama selalunya akan ada kat rumah aje. Lainlah kalau mama nak keluar ke mana-mana, kita boleh tambah orang. Kan, sayang?” Datuk Zamri mengangkat kening kepada isteri tercinta.

“Betul tu. Lis yang banyak habiskan masa kat luar, jadi kenalah bawa ramai sikit,” tambah Datin Alimah yang bersetuju.

No! Lis ambik dua aje. Lis bukan nak pergi mana-mana sangat pun. Pergi butik dan lepas tu keluar dengan Eda dan Miza. Itu aje,” sanggah Alisya sambil menggeleng kepala tanda tidak setuju.

“Lis, kalau…”

“Papa, Lis ambik dua. That’s it! Dua ataupun tak payah ada pengawal langsung. Lis bukannya budak-budak, pa.” Alisya pantas memintas cakap papanya.

Empat atau lima? Apa? Papanya ingat dia masih bawah umur?

Datin Alimah mengerdipkan matanya kepada si suami sebagai isyarat untuk berkompromi dengan permintaan si anak yang sudah bersetuju untuk mengalah.

“Yalah. Dua pun dualah, ya.” Datuk Zamri bersetuju.

Alisya mengangguk. Para pengawal yang sudah siap berdiri menghadapnya dikerling. Setiap satu daripada mereka diperhati dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Semuanya kemas, mengenakan sepasang sut berwarna hitam.

Tak kacak langsung, getus hati Alisya. Kalau ya pun nak jadi pengawal dan mengikutnya sepanjang masa, biarlah yang boleh tahan sikit. Sejuk sikit matanya nak memandang nanti. Emm… Matanya melirik lagi. Oh! Yang itu boleh tahan.

“Yang ni Kamal. Dia ketua untuk para pengawal yang ada di sini. Kamal berpengalaman…”

Alisya menoleh kepada papanya yang baru ingin menerangkan perihal Kamal.

Seriously, papa? Lis tak minat nak tahu,” kata Alisya.

Pandangan ditala semula kepada Kamal yang masih setia berdiri. Seorang lagi pengawal yang berdiri di sebelah Kamal turut diperhati.

“Dia dan dia,” ujar Alisya, menudingkan tangannya kepada dua orang pengawal yang dipilih.

“Okey. Jadi, mulai sekarang, Kamal dan Badrul akan jadi pengawal Lis,” luah Datuk Zamri yang senang hati kerana permintaannya diterima oleh Alisya.

Alisya mencapai beg tangannya sebelum bangun.

Kamal menganggukkan kepala kepada Badrul, bersedia mengekori anak kepada usahawan yang baru menjejakkan kakinya semula ke Malaysia. Itu maklumat yang diterima daripada pihak agensi mengenai Datuk Zamri.

“Apa ni? Kau orang nak pergi mana?” soal Alisya, tidak senang apabila melihat Kamal dan Badrul sudah memulakan langkah masing-masing.

“Err, bukan cik nak keluar?” Kamal menyoal balas.

“I nak masuk bilik. Tak ada mood dah nak keluar. Kenapa? Nak ikut juga ke?” Alisya menyoal dengan nada sinis bercampur geram.

Rasa geram kerana terpaksa mengalah dengan papanya dilepaskan kepada pengawal yang tidak bersalah.

Kamal hanya diam, tidak membalas kata-kata cik puan yang akan berada di bawah jagaannya kelak.

Alisya berlalu ke tangga. Baru saja memijak anak tangga pertama, terdengar satu suara menyeru namanya.

“Lis! Lama kan kita tak jumpa? Awak sihat?”

Alisya menjeling. Soalan daripada gadis itu dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Lebih lama dia di situ, dia risau kalau Dayani pula yang akan menjadi mangsanya nanti.

Dayani, anak orang gaji yang diberi layanan dan taraf yang sama sepertinya oleh papa dan mama. Huh! Sungguh, dia tak suka.

Leave a Comment