SUKA BENCI CINTA KITA

SUKA BENCI CINTA KITA

Untuk melanggan boleh klik link di bawah

http://www.penerbitanfajarpakeer.my/?product=suka-benci-cinta-kita

DALAM kepayahan Nia Suraya memanggil orang yang dia cintai iaitu Farish Haiqal.

Nia Suraya berkenalan dengan Farish Haiqal ketika usianya 19 tahun. Ketika itu, dia merupakan pelajar baru di UiTM Arau, Perlis. Dia merupakan pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Farish Haiqal pula merupakan pelajar tahun kedua dalam Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.

Farish Haiqal adalah anak kedua kepada Datin Hasiah Othman dan Dato’ Aziz Omar. Farish Haiqal mempunyai dua orang adik-beradik. Yang pertama Fazura Hani, kakaknya itu telah berkahwin dengan Saiful Imran. Dan kini menetap di Abu Dhabi. Manakala, Farish Haiqal merupakan anak kedua dan anak lelaki tunggal dalam keluarganya.

Dato’ Aziz merupakan ahli perniagaan yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. A&H Holding merupakan syarikat milik keluarga Farish Haiqal. Perniagaan yang berunsurkan kontraktor dalam pembinaan bangunan-bangunan dan lebuh raya.

“Farish, you janji dengan I, yang you akan tunaikan apa yang I pinta ni.” Nia Suraya seakan-akan merayu kepada Farish Haiqal.

“Insya-Allah, Nia,” kata Farish Haiqal pula.

Dia mendekatkan lagi wajahnya kepada Nia Suraya. Ingin mendengar apa yang Nia Suraya sampaikan.

“I mohon sangat, you tolong jaga Dya, mama dan papa I dengan sepenuh kasih sayang, seikhlas hati you. Dan, I harap sangat you tolong tunaikan hasrat I ni.” Nia Suraya dengan susah payahnya membisikkan hasratnya itu kepada Farish Haiqal. Dengan suara yang perlahan dan tersekat-sekat.

“Farish, kalau ditakdirkan I pergi terlebih dulu, you tolong jaga adik I. You tolong jaga Dya ya. Please?”

“Insya-Allah, I akan jaga Dya dan famili you. I janji!” balas Farish Haiqal dengan senyuman yang terukir manis di bibirnya. Bibir yang merah menyala tanda tidak merokok.

Farish Haiqal bin Abdul Aziz. Lelaki yang amat dikenalinya, yang amat dikasihinya kerana Farish Haiqal merupakan kekasih hatinya. Sudah hampir tujuh tahun mereka berdua menyulam kasih.

“You tak faham apa yang I maksudkan. I nak you sentiasa ada untuk Dya. Hidup dengan Dya. Tolong Dya apa yang sepatutnya.” Nia Suraya berhenti seketika dan sambung kembali.

“Farish, you faham kan maksud I? I’m worried about Dya the most. I nak you ambil Dya yang halal untuk you. You kahwin dengan Dya ya? Please… I berharap sangat,” ujar Nia Suraya panjang.

Sambil matanya memandang tepat ke anak mata Farish Haiqal. Memandang redup meminta simpati, agar Farish Haiqal bersetuju mengahwini adiknya itu. Nia Suraya merasakan ajalnya tidak lama lagi, sebab itulah dia mengutarakan pendapat itu.

Dia banyak berhutang budi dengan adiknya, kerana Dya Zara pernah menyelamatkan nyawanya ketika mereka berdua di sekolah menengah dahulu. Dya Zara adalah insan yang pernah menyelamatkannya daripada dirempuh lori gas ketika umurnya 15 tahun dahulu. Dya Zara telah menolak dirinya ke tepi, tetapi nasib tidak menyebelahi adiknya kerana Dya Zara telah mengalami kecelakaan. Pemandu lori tidak sempat menekan brek lalu merempuh adiknya itu.

Selain itu, yang paling membimbangkan hatinya kerana Dya Zara seorang yang manja dan sering bergantung harap kepadanya.

Nia Suraya takut jika dia pergi buat selamanya, adiknya itu tidak dapat menerima hakikat, tidak boleh hidup tanpanya. Nia Suraya merupakan tulang belakang bagi Dya Zara. Jika bengkok, bengkoklah Dya Zara. Jika lurus, luruslah ia.

Nia Suraya tahu Farish Haiqal terkejut dengan keputusannya itu. Tapi, dia berharap sangat yang Farish Haiqal akan terima dengan hati yang terbuka, kerana dia tahu adiknya menyayangi lelaki itu. Dia tahu akan itu!

“Mama, papa, maafkan Nia. Nia harap mama papa halalkan makan minum Nia dan terima kasih kerana sudi membesarkan Nia. Mama…” Nia Suraya memanggil mamanya yang amat dikasihi, Puan Fauziah.

Puan Fauziah yang mendengar anaknya memanggil, terus melangkah merapati anak sulungnya itu. Dia memegang erat tangan Nia Suraya, mencium lembut.

“Ya, sayang,” jawab Puan Fauziah sambil meramas perlahan tangan Nia Suraya.

“Mama, halalkan setiap titik air susu yang mengalir dalam diri Nia, halalkan segalanya. Maafkan Nia. Pa, ma, Nia sayang mama. Papa, Nia sayang papa.”

“Sayang, jangan cakap macam tu. Mama mana yang tak halalkan susunya pada anaknya, hah? Mama halalkan sayang. Insya-Allah, semuanya akan selamat. Jangan fikir yang bukan-bukan, ya?” Puan Fauziah menjawab dengan tenang walaupun edih melihat si anak menanggung derita sedemikian rupa.

Menanggung kesakitan yang teramatlah sakit.

“Ma, pa, cakap dekat adik, Nia sayang sangat kat adik. Cakap kat adik apa pun yang terjadi itu suratan takdir untuk kita. Kita kena reda dan pasrah ya? Tolong cakap kat adik ya ma, Nia sayang sangat kat adik. Apa yang Nia buat ni sebab Nia sayangkan adik.” Dengan susah payah Nia Suraya mengungkap kata-kata itu.

Kerana dia sudah tidak berupaya bercakap lagi. Tidak berupaya lagi.

“Sayang, kenapa ni?” Dalam sendu Encik Hasyim menjawab kata-kata anak sulungnya.

Tumpahlah air mata si ayah. Tidak sanggup melihat anaknya dalam keadaan begitu. Kalau sudah sampai masanya, aku reda. Ya Allah, aku pasrah. Lembut tangan Encik Hasyim mengesat air mata yang mengalir di pipi Nia Suraya.

Inilah suratan dan pengorbanan seorang kakak buat adiknya. Setiap langkah yang diatur masa kini hanya untuk kebahagian dan kehidupan adiknya. Nia Suraya tidak mungkin akan menyalahkan adiknya kerana dia sendiri yang berjanji akan mengambil adiknya itu ketika kemalangan tersebut berlaku. Sampaikan dia terlantar dalam kesakitan yang begini. Takdir yang Maha Esa, tiada siapa yang tahu.

Semasa dalam perjalanan pergi untuk mengambil adiknya, kereta yang dinaiki Nia Suraya telah terbabas. Terbabas kerana dia ingin mengelak daripada sebuah kenderaan yang ingin melanggar keretanya dari arah hadapan. Lalu, Nia Suraya hilang kawalan. Nia Suraya tidak dapat mengawal stereng kereta miliknya. Kereta yang dinaikinya berpusing. Sedar-sedar keretanya berada dalam keadaan terbalik.

Takdir Allah siapa yang tahu. Saat Nia Suraya ingin mendapatkan kebahagiaan bersama insan tersayang, Nia Suraya merasakan dirinya tidak dapat menggapainya lagi.

Nia Suraya memandang sekeliling. Mana adiknya? Mana Dya Zara?

“Ma… mana adik?” tanya Nia Suraya kepada mamanya.

“Adik pengsan, bila dapat tahu Nia…” Puan Fauziah tidak sempat meghabiskan kata-katanya.

Matanya terarah ke pintu bilik yang terbuka luas. Dya Zara! Anak bongsunya melangkah hiba mendapatkan kakaknya.

“Kak Nia, adik minta maaf. Salah adik. Ini semua salah adik. Kalau adik naik teksi saja balik rumah, kalau adik tak suruh Kak Nia yang datang ambik, kalau adik…” Dya Zara menangis teresak-esak sambil tangannya memegang erat tangan kiri kakaknya.

Nia Suraya membalas pegangan itu. Dengan nafas tersekat-sekat dia membalas kata-kata adiknya itu.

“Adik… Adik kahwin dengan Abang Farish ya?” Nia Suraya meluahkan hasratnya, sambil memandang tepat Farish Haiqal yang berada di belakang Dya Zara.

“Kak Nia… Apa yang akak merepek ni?” Dengan terpinga-pinga Dya Zara menyoal kakaknya.

“Adik janji ya sayang… Adik janji ya?” Dengan nafas yang tersekat-sekat Nia Suraya mengungkap kata-kata itu.

Tiba-tiba mesin pernafasan di dalam bilik itu berbunyi dan pergerakan pada alat itu tidak sekata. Semua mata memandang antara satu sama lain.

“Kak Nia? Kak Nia kenapa ni?” Dya Zara terkejut.

“Ma panggil doktor. Doktor!” Dya Zara menjerit-jerit memanggil doktor.

Doktor Adam bergegas berlari mendapatkan pesakit itu bersama beberapa orang jururawat.

“Semua diminta keluar. Saya akan periksa pesakit ini dahulu,” arah Doktor Adam kepada mereka semua.

“Tolong selamatkan anak saya, doktor,” kata Encik Hasyim kepada Doktor Adam.

“Insya-Allah encik. Kami akan cuba sedaya upaya kami. Sila keluar dulu encik,” arah Doktor Adam lagi.

Setelah beberapa minit berlalu, Doktor Adam keluar dari bilik itu. Riak wajahnya amat jelas menyatakan suatu yang buruk telah berlaku.

“Macam mana dengan anak saya doktor?” tanya Encik Hasyim kepada Doktor Adam.

“Maafkan kami encik. Allah lebih sayangkan arwah. Arwah menghadapi sedikit komplikasi pada otaknya akibat hentakan yang kuat. Kami sudah sedaya upaya menyelamatkannya. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Maafkan saya.” Dengan suara yang perlahan doktor lelaki itu menerangkan kepada mereka semua.

Dengan gelengan berserta pandangan sayu, menyatakan akan pemergian Nia Suraya.

“Ya Allah… Anak aku.” Puan Fauziah tidak dapat menahan sebak di atas pemergian anak sulungnya.

Anak yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari, yang ditatang bagaikan minyak yang penuh, dididik serta diberi kasih sayang yang sepenuhnya. Sayu hatinya. Menitis air mata si ibu.

Dya Zara apatah lagi. Umpama batu yang jatuh di kepalanya saat menerima perkhabaran itu. Sakit sekali. Orang yang sering berada di saat suka dan dukanya telah pergi buat selamanya. Dya Zara terus memeluk erat ibunya.

Menangis hiba dua beranak itu. Menangis mengenangkan orang tersayang yang pergi buat selamanya. Kaki Dya Zara tiba-tiba jadi lembik, lemah longlai. Lututnya bergeletar. Lalu dia jatuh terjelepok di lantai hospital itu.

Farish Haiqal terus terduduk di tepi dinding hospital itu. Tidak dapat menahan sebak di dada sambil mengeleng-gelengkan kepala. Kakinya sudah tidak berupaya lagi. Tidak percaya orang yang dicintai pergi begitu saja. Pergi buat selamanya.

Baru pagi tadi mereka berdua berbual mesra. Baru pagi tadi dan kini Nia Suraya telah pergi buat selamanya. Masih terngiang-ngiang lagi di telinganya akan ungkapan Nia Suraya yang meminta dia mengahwini Dya Zara.

Adakah itu wasiat?

Adakah dia perlu mengahwini Dya Zara?

Bukankah Dya Zara yang telah menyebabkan orang yang dicintainya pergi buat selamanya? Ah… Pedih hati Farish Haiqal mengingat semua itu.

Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Tabahkan hatiku menghadapi dugaan ini. Aku memohon kepada-Mu, tempatkan orang yang aku sayang itu di tempat orang-orang yang beriman. Amin. Farish Haiqal berdoa dalam hatinya. Dia meraup wajahnya yang bercucuran dengan air mata. Sedih sekali.

Leave a Comment