PENALTI CINTA ABANG BOLA

Tajuk PENALTI CINTA ABANG BOLA
Penulis NURFAZA ALISYA
ISBN  978-967-2116-17-2
Sem. Malaysia RM 26
Sabah / Sarawak RM 29
Clear
SKU:N/A Kategori ,
  • Deskripsi
  • Info Tambahan
  • Ulasan

Deskripsi

Setelah Lukman memutuskan pertunangan, Mawar sudah tidak mempercayai mana-mana lelaki dalam hidupnya. Kesakitan itu benar-benar mengajar Mawar untuk lebih berhati-hati dengan mana-mana lelaki.

“Saya tak suka berkawan dengan awak sebab awak bajet awak ni bagus sangat.”- Mawar Zahra
“Kalau saya tak bagus, macam mana saya boleh jadi kapten bola untuk curi hati Cikgu Mawar?”- Syed Aariz

Sebaik dia reda dengan perpisahan, muncul Syed Aariz mula mahu mendekatinya. Sakit hati Mawar dengan sikap Syed Aariz yang suka mengganggu hidupnya. Sampaikan dengan ahli keluarga Mawar pun, Syed Aariz sanggup berjumpa untuk meminta izin hendak berkawan dengan Mawar.

Mentang-mentang lelaki itu pemain bola sepak negara terkenal, ingat senang hendak pikat hati dia? Abang bola ke, abang polis ke, malas Mawar hendak layan. Boleh jalan! Jangan ingat hati Mawar mudah cair kali ini!

“Saya nak bercinta dengan isteri saya selepas berkahwin. Lagi sweet.” Syed Aariz
“Okey, balik nanti awak bincang dengan abah!”- Mawar Zahra

Sikap tidak putus asa dan kesungguhan Syed Aariz akhirnya membuka ruang hati Mawar untuk menerima abang bola itu. Di awal perkahwinan mereka, Mawar diganggu dengan gangguan yang menakutkannya. Malah, dia telah beberapa kali cuba dicederakan oleh seseorang.

Namun, yang pasti selepas kahwin Mawar sudah sayang gila dekat Syed Aariz. Abang bola hanya untuk Cikgu Mawar!

 

Info Tambahan

Price For

Sabah / Sarawak, Sem. Malaysia

Ulasan

There are no reviews yet. Add a review