PERCAYA KATA CINTA

Tajuk PERCAYA KATA CINTA
Penulis FATIAH ZOHAR
ISBN 978-967-2116-41-7
Sem. Malaysia RM 24
Sabah / Sarawak RM 27
Clear
SKU:N/A Kategori , ,
  • Deskripsi
  • Info Tambahan
  • Ulasan

Deskripsi

Bahagia itu subjektif. Bukan hanya dengan bercinta mahupun berkahwin. Itu prinsip hidup Nawwar Sufiy. Dia menanam sifat prejudis terhadap insan bergelar lelaki dan tidak pernah percaya bahawa sebuah perkahwinan mampu menjanjikan kebahagiaan.

Apa yang Nawwar percaya, hidupnya akan lebih bahagia tanpa adanya seorang lelaki. Prinsipnya itu dicabar oleh seorang lelaki.

Izz Zareef, lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hati Nawwar yang selama ini tertutup daripada cinta. Dia berjaya merobohkan benteng pertahanan hati Nawwar dalam masa tak dijangka. Berbekalkan senyuman manis dan secawan karamel latte, hati Nawwar berjaya Izz Zareef curi.

“Encik Zareef pula suka apa?” – Nawwar Sufiy
“Saya suka awak.” – Izz Zareef

Tapi, untuk mengecap bahagia, tidak semudah ungkapan kata-kata. Kebenaran tentang siapa sebenarnya Zareef dan sebab Zareef mencari Nawwar, menghancurkan dua hati yang sedang jatuh cinta. Ekoran tidak mahu melukakan hati Nawwar yang sedia ada terluka, Zareef memilih untuk pergi dan meninggalkan Nawwar dengan tanda tanya.

“Awak masih cintakan saya?” – Izz Zareef
“Awak pernah ke cintakan saya?” – Nawwar Sufiy
“Saya sukakan awak. Saya cintakan awak. Saya sayangkan awak. Dari dulu hingga saat ini, hati dan perasaan saya tak pernah berubah. Hanya ada satu nama yang terpahat kemas dalam hati saya.” – Izz Zareef

Info Tambahan

Price For

Sabah / Sarawak, Sem. Malaysia

Ulasan

There are no reviews yet. Add a review