TAK MENGAKU CINTA

Tajuk TAK MENGAKU CINTA
Penulis CAHAYA AINN
ISBN 978-967-2116-29-5
Sem. Malaysia RM 25
Sabah / Sarawak RM 28
Clear
SKU:N/A Categories: ,
  • Description
  • Additional information
  • Reviews (0)

Description

“So, berapa harga you untuk… Let say, one week? Hundred K? Two hundred K? Or five hundred K?”

Gara-gara terlihat kelibat Diana di kelab malam, Syafiq mula menjejaki gadis itu. Hati lelakinya mahukan gadis itu. Walau apa pun kosnya, termasuklah dengan membeli resort tempat Diana bekerja.

“Tujuan saya panggil awak ni sebab nak tawarkan satu jawatan penting.”
“Jawatan apa?”
“Pembantu peribadi saya.”
“Terus terang saya cakap, saya lebih rela jadi tukang cuci daripada jadi pembantu peribadi encik.”

Disebabkan ego, Syafiq tunaikan juga permintaan Diana yang mahu menjadi tukang cuci. Biar gadis itu rasa! Namun, sakit pula hatinya apabila gadis itu seakan-akan bahagia dengan pekerjaan barunya.

Sudah puas Diana menolak, menumbuk dan menampar lelaki bernama Syafiq itu, namun lelaki itu tidak pernah berputus asa. Akhirnya, Diana menuturkan dua syarat.

“Awak janji akan jadi isteri saya kalau saya mampu tunaikan apa yang awak mahu tu?”

Isteri? Gulp! Bila masa pula dia sebut pasal nak jadi isteri lelaki ini?

Additional information

Price For

Sabah / Sarawak, Sem. Malaysia

Reviews

There are no reviews yet. Add a review