CEO DEPAN MATA

Tajuk CEO DEPAN MATA
Penulis NOR HASNIDA
ISBN 978-967-2116-45-5
Sem. Malaysia RM 25
Sabah / Sarawak RM 28
Clear
SKU:N/A Categories: ,
  • Description
  • Additional information
  • Reviews (0)

Description

Kahwin dengan CEO?
Itu memang impian Rania, tapi sekadar impian kosong saja kut. Siapa yang tak pernah ada impian, kan?

Tapi, bila dia betul-betul dipinang CEO, Rania blur.
OMG? Biar betul ni? Impian dia dah jadi kenyataan ke?

Bukan sesuatu yang mudah untuk Rania hadapi saat dia tahu lelaki yang dia kenal selama ini adalah CEOnya sendiri. Hampir saja Rania putuskan pertunangan dengan Carl gara-gara lelaki itu tidak pernah bercerita tentang siapa dia sebenarnya. Sangkanya Carl hanya mahu mempermainkan dia.

“Aku tak pernah nak mainkan kau. Kau yang salah faham pasal aku.”
“Oh, jadi awak nak kata semua ni salah saya. Ya, mungkin saya salah sebab tak dapat cam awak, tapi kenapa awak tak berterus terang dengan saya saja?”
“Sebab aku takut kehilangan kau, Rania.”

Dalam terpaksa, Rania teruskan pernikahan dengan Carl. Satu demi satu ujian melanda rumah tangga mereka. Kehadiran Farah, bekas tunang Carl, meragut kepercayaan Rania kepada Carl yang baru mekar.

Tapi, demi kasihnya kepada Rania, Carl sedaya upaya mempertahankan hubungan mereka. Baginya, Rania adalah segala-galanya. Kerana saat ijab dan kabul dilafazkan, hanya nama Rania yang terpateri dalam hatinya.

Additional information

Price For

Sabah / Sarawak, Sem. Malaysia

Reviews

There are no reviews yet. Add a review