CINTA YANG TERTANGGUH

Tajuk CINTA YANG TERTANGGUH
Penulis ZAZA QRY
ISBN    978-967-2116-52-3
Sem. Malaysia RM 25
Sabah / Sarawak RM 28
Clear
SKU:N/A Categories: , ,
  • Description
  • Additional information
  • Reviews (0)

Description

Kematian mengejut abang ipar dan kakaknya membuatkan Hanania menjadi ibu segera kepada dua orang anak saudaranya. Tidak pernah dia mengeluh walaupun terpaksa menjaga amanah itu. Cuma, ketika kawan sekolahnya datang bertemu dengannya, dia terpaksa menipu dek kerana didesak.

Desakan itu membuatkan Hanania menunjukkan gambar bakal suaminya dalam sebuah majalah. Rupanya lelaki itu memang wujud. Wujud dalam versi yang amat menjengkelkan. Tambahan pula, Adrish Haqiey adalah bos tempat kerja barunya.

Kerana insiden tertumpahkan jus tomato atas skirt Elise, Adrish, paksa Hanania kerja membasuh baju-bajunya. Hanania tidak menolak, kerana apa saja yang mendatangkan pendapatan untuknya, akan dia terima.

“Perempuan bertudung sama saja. Hipokrit.” – Adrish

“Pelik dan gila. Salah pula orang pakai tudung. Tudung itu untuk menutup aurat.” – Hanania

Adrish tak sukakan Hanania kerana dia bertudung, tapi tetap sakit hati bila ada lelaki dekat dengan Hanania. Paling geram apabila bekas kekasih Hanania, Afii, datang mencari Hanania. Hanania yang mahu melarikan diri daripada Afii meminta tolong Adrish. Adrish on saja. Maka jadilah mereka suami dan isteri palsu.

“Encik nak kahwin lain ke?” – Hanania

“Aku kan dah kahwin dengan kau. Kau ingat aku mampu nak layan bini yang ramai?” – Adrish

Bila Adrish Haqiey mula anggap hubungan palsu itu sebagai yang benar, Hanania tak senang duduk. Panggilan love juga buat Hanania penasaran.

 

Additional information

Price For

Sabah / Sarawak, Sem. Malaysia

Reviews

There are no reviews yet. Add a review