HATI MEMILIH CINTA

Tajuk HATI MEMILIH CINTA
Penulis FATIAH ZOHAR
ISBN 978-967-2902-00-3
Sem. Malaysia RM 24
Sabah / Sarawak RM 27
Clear
SKU:N/A Categories: ,
  • Description
  • Additional information
  • Reviews (0)

Description

Ditinggalkan suami dan dibuang keluarga mertua ketika cahaya matanya masih dalam kandungan membuatkan Izzatul Aqma hidup dalam tekanan perasaan. Atas kekhilafan diri yang terlalu dibelenggu kesedihan, hari-hari yang dijalaninya bagaikan satu hukuman.

“Tuhan, aku ingin kuat. Aku ingin bertahan. Namun, kesakitan ini benar-benar mengujiku. Tiupkanlah kasih dan sayang-Mu. Bangkitkan aku dengan kekuatan dan cinta daripada-Mu.” – Izzatul Aqma

Bahagia sudah lama menjauh dan sepi menjadi teman paling akrab. Namun, kemunculan Zhaqeef Adha mengubah segala-galanya.

“Sepi tak bermakna sendiri, Izzatul. Ini bukan tentang Adh. Bukan juga tentang Arzad Elhan. Ini tentang Zhaqeef Adha yang ingin memenangi semula hati Izzatul Aqma.” – Zhaqeef Adha

Kesungguhan jejaka itu mendekati dan mahu menawannya hatinya, membuatkan prinsip dan pegangan Izzatul Aqma menjadi goyah.

“Gunakan saya. Jadikan perkahwinan kita sebagai alasan untuk tinggalkan semua kesedihan dan kesakitan awak. Saya tak kisah.” – Zhaqeef Adha

Dia membenci Zhaqeef Adha, tapi hati mengatakan sebaliknya. Kesanggupan jejaka itu menunggu balasan cintanya, membuatkan Izzatul Aqma berada di persimpangan dilema.

Additional information

Price For

Sabah / Sarawak, Sem. Malaysia

Reviews

There are no reviews yet. Add a review