LOVE YOU MRS EX

Tajuk LOVE YOU MRS EX
Penulis ZANY EZATIE
ISBN 978-967-2116-90-5
Sem. Malaysia RM 24
Sabah / Sarawak RM 27
Clear
SKU:N/A Categories: ,
  • Description
  • Additional information
  • Reviews (0)

Description

Empat tahun Ziyadh Al-Fateh membawa diri ke Kota London oleh sebab dihalau oleh papanya, Datuk Umar. Namun, semenjak menjejak kaki kembali ke Malaysia, bayangan semalam seakan kembali mengejarnya.

“Aku nak kau cari dalang yang mula sebarkan video dan gambar-gambar ni.” – Ziyadh Al-Fateh
“Akui kesalahan yang saya tak buat? Tak! Saya takkan ikut awak. – Dian Ariana

Terpaksa dan dipaksa, kedua-dua pengkhianat dan yang dikhianati punya alasan tersendiri untuk terus merantai diri dalam percaturan takdir yang sedang mempermainkan mereka.

“Abang nak kembalikan hak Dian yang abang pernah nafikan dulu. Tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya.” – Ziyadh Al-Fateh

Bisakah, hati yang terlebur kembali berbentuk seperti biasa? Mampukah pengkhianatan memenangi jiwa sang duka lara?

“Baik, saya akan bagi awak peluang untuk jadi suami interim saya selama tiga bulan. Kalau awak gagal, saya akan pecat awak tanpa notis. – Dian Ariana
“Abang terima sebagai yang menurut perintah. – Ziyadh Al-Fateh

Ziyadh berjanji akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan semula isteri yang pernah mengkhianatinya, kerana rasa cinta masih terlalu dalam berbanding rasa dendam yang dimulakan olehnya.

Additional information

Price For

Sabah / Sarawak, Sem. Malaysia

Reviews

There are no reviews yet. Add a review