PRANK

Tajuk PRANK
Penulis RAMADAN OMAR
ISBN 978-967-2116-79-0
Sem. Malaysia RM 23
Sabah / Sarawak RM 26
Clear
SKU:N/A Categories: , ,
  • Description
  • Additional information
  • Reviews (0)

Description

Saiful manusia biasa yang dianugerahkan kelebihan luar biasa. Dia mampu melihat, mendengar dan merasai kewujudan makhluk ghaib yang tidak terlihat oleh manusia biasa. Kelebihan itu membuatkan dia selalu berdepan dengan makhluk-makhluk aneh dan gangguan ghaib.

“Aku perlukan bantuan kau, Saif. Keadaan Azril semakin teruk. Siapa tahu dengan bantuan kau, kita boleh tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada dia.”

Misteri yang berlaku kepada Azril membuatkan bantuan Saiful ditagih, Khalis, jururawat hospital sakit jiwa. Pesakitnya, Azril, mengalami gangguan mental yang teruk namun dirahsiakan punca penyebabnya oleh kedua ibu bapanya sehingga menimbulkan curiga.

“Azril selalu mimpi dan meracau. Dia selalu sebut tiga nama. Shahrul, Akim dan Azman. Bila kau tanya dekat dia siapa tiga orang tu, dia hanya menangis, menangis dan menangis.”

Tiga nama itu menjadi tanda tanya. Shahrul, Akim dan Azman, siapa mereka? Apa kaitan mereka dengan Azril?

Additional information

Price For

Sabah / Sarawak, Sem. Malaysia

Reviews

There are no reviews yet. Add a review