WANITA TERBAHAGIA

Tajuk WANITA TERBAHAGIA
Penulis NUREEN AHMAD
ISBN 978-967-2116-89-9
Sem. Malaysia RM 23
Sabah / Sarawak RM 26
Clear
SKU:N/A Categories: ,
  • Description
  • Additional information
  • Reviews (0)

Description

Arahan Encik Yusuf yang mahukan dia meneruskan perkahwinan yang telah dirancang, menjerat diri Zarina. Sudah berbuih mulut menolak cadangan papanya, namun satu apa pun tak jalan.

“Biarpun seumur hidup awak membenci saya, saya akan tetap di sisi awak. Untuk melindungi dan menyayangi awak.” – Ryan
“Awak layak untuk dapat perempuan yang jauh lebih baik daripada saya.” – Zarina
“Tapi hati saya dah pilih awak.” – Ryan

Zarina semakin tertekan. Dia fikirkan masalahnya akan selesai setelah bertemu empat mata dengan Ryan. Ternyata dia tersilap percaturan. Pertemuan itu semakin menambahkan kebuntuan.

Namun, dalam pada tidak suka, entah mengapa setelah menempuh kehidupan berumah tangga perasaannya menjadi libang-libu, sekejap saja datang rasa sayang amat kepada lelaki itu. Sekejap pula ada marah dan benci menggunung.

“Seludup hati sayang untuk dikunci kemas dalam hati abang.” – Ryan

Dan sekuat mana pun Zarina cuba menolak Ryan, tetap juga dia tak mampu menghakis perasaan yang kian mekar di hati. Semakin lama, semakin dalam dan dalam hanya untuk si suami.

“Ajarkan saya bagaimana hendak mencintai supaya dalam satu detik pun saya tak mampu untuk melupakan awak.”- Zarina

Di saat cinta mengetuk hati, hadirlah pula dugaan demi dugaan. Namun demi kekuatan cintanya terhadap Ryan, Zarina terus mempertahankan perasaan mereka. Demi Ryan yang menjadikannya seorang wanita terbahagia.

Additional information

Price For

Sabah / Sarawak, Sem. Malaysia

Reviews

There are no reviews yet. Add a review