Books Description

Professional Overthinker

RM 28
“Mak dengan Aunty Yana ingat nak satukan Fia dengan anak kedua dia.”

Kacak, baik, sopan santun dan mempunyai kerja yang bagus. Itulah kata-kata ibunya, tapi bagi Aafia, lelaki yang mempunyai pakej lengkap sebegini kebiasaannya sudah berpunya.

Bagi Aafia juga, mustahil untuk lelaki berpakej lengkap begitu adalah bujang dan jenis menurut aturan keluarga. Pasti lelaki itu mempunyai kekasih dan pasti ada sebab mengapa Mikhael menerima cadangan ibu bapa mereka.

“Kenapa awak setuju dengan cadangan mak ayah kita?” – Aafia

“Sebab pilihan mak dan ayah sentiasa terbaik.” – Mikhael

Minda Aafia penuh dengan syak wasangka dan overthoughts. Walaupun begitu, perkahwinan mereka tetap diteruskan. Aafia mula membuka bab baru sebagai isteri Mikhael. Namun, kemunculan Janna secara tiba-tiba membuka segala seribu satu rahsia yang Aafia simpan rapi.

Kesukaran untuk meluahkan apa yang terpendam membuatkan Aafia sering melarikan diri daripada masalah. Tapi, sampai bila dia perlu larikan diri seperti seorang pengecut?

“Kalau sayang rasa tak selesa, cemburu, atau apa-apa saja yang rasa tak kena dengan sayang, cakap! Cakap! Bukan lari! Tolonglah, sayang, fikirkan perasaan abang juga!” – Mikhael

“Kalau saya luahkan, akan ada yang dengar?” – Aafia

“Ya, akan ada yang dengar.” – Mikhael

Bila dua jiwa dan personaliti berbeza bertemu, mampukah mereka mengerti dan memahami satu sama lain?
Author: Asha Lim
Chapters
PROLOG

ENTAH mengapa, aku dapat rasakan renungan daripada seseorang, tapi untuk melihat siapa yang tenung,...

BAB 1

INTROVERT. Kadang-kadang, apabila kita bercakap pasal manusia introvert, mesti orang akan ingat manu...

BAB 2

TIPULAH kalau aku tak pernah usaha untuk mencari calon suami. Aku pernah dikenalkan dengan aplikasi...

BAB 3

MALAM itu, aku menonton BTS Run dalam app Weverse. Boleh tahan lawak tujuh orang manusia ini. Sampai...

BAB 4

MAJLIS pertunangan kami tetap diteruskan. Pelik. Ya, aku pun pelik. Padahal, aku sudah maklumkan...

Total Views

22

Total Purchases

0

Average Rating

0.0/5.0

Reviews

Please login to add a review

Similar Books