Books Description
Cinta Yang Tertangguh
Desakan itu membuatkan Hanania menunjukkan gambar bakal suaminya dalam sebuah majalah. Rupanya lelaki itu memang wujud. Wujud dalam versi yang amat menjengkelkan. Tambahan pula, Adrish Haqiey adalah bos tempat kerja barunya.
Kerana insiden tertumpahkan jus tomato atas skirt Elise, Adrish, paksa Hanania kerja membasuh baju-bajunya. Hanania tidak menolak, kerana apa saja yang mendatangkan pendapatan untuknya, akan dia terima.
"Perempuan bertudung sama saja. Hipokrit." - Adrish
"Pelik dan gila. Salah pula orang pakai tudung. Tudung itu untuk menutup aurat." - Hanania
Adrish tak sukakan Hanania kerana dia bertudung, tapi tetap sakit hati bila ada lelaki dekat dengan Hanania. Paling geram apabila bekas kekasih Hanania, Afii, datang mencari Hanania. Hanania yang mahu melarikan diri daripada Afii meminta tolong Adrish. Adrish on saja. Maka jadilah mereka suami dan isteri palsu.
"Encik nak kahwin lain ke?" - Hanania
"Aku kan dah kahwin dengan kau. Kau ingat aku mampu nak layan bini yang ramai?" – Adrish
Bila Adrish Haqiey mula anggap hubungan palsu itu sebagai yang benar, Hanania tak senang duduk. Panggilan love juga buat Hanania penasaran.
Chapters
ARASH memegang pintu keretanya. Dia memandang ke arah sebuah rumah agam. Dia telah membesar di situ....
Selepas 15 tahun... HANANIA melangkah masuk ke dalam rumah. Kedengaran ketawa terkekek-kekek si...
HANANI memandang suaminya yang duduk di meja kerjanya. Sejak tadi suaminya itu membelek-belek kertas...
HANANIA membuka matanya apabila terasa seperti ada renjisan air mengenai wajahnya. Dia pandang sekel...
ITULAH pesanan terakhir Hanani kepada Hanania. Hanani pergi dalam tidur. Kata doktor, ada pendarahan...
SELEPAS menjemput Mya dari taska, Hanania terus pulang. Keletihan dalam bekerja dan menjaga Mya memb...
AMANI turun dari keretanya. Hari ini adalah hari terakhirnya berada di Kuala Lumpur. Dia sudah menel...
“SAYA dah tolong awak bayar hutang, jadi awak berhutang dengan saya. Awak nak bayar hutang 200 ribu...
Selepas dua bulan... HANANIA sudah pun membawa barang-barang masuk ke dalam rumah sewa barunya....
Dua tahun berlalu... JAF menggeleng kepalanya melihat Adrish yang sedang menari dengan seorang p...
Total Views
24
Total Purchases
0
Average Rating
0.0/5.0
Reviews
Please login to add a review