Books Description

Sehati Denganku

RM 33
Nama aku Arissa. Nasib hidup aku mula huru-hara apabila aku tersalah bagi cadangan kepada majikan aku. Itulah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

“Carl, kenalkan ni bakal isteri papa.” - Encik Kamal
“What? This is nonsense. No matter what happen, Carl tak setuju. Tidak sama sekali! Walau mama setuju sekalipun, pernikahan papa dan perempuan ni tak akan terjadi. Titik!” - Haikal

Tapi, kalau difikirkan balik, aku rasa perkara ini memang berpunca daripada diri aku sendiri. Nasi sudah jadi bubur. Aku terima sahaja nasib yang menimpa diri.

Ada masa Haikal layan aku elok, ada masa dia selalu cari gaduh dengan aku. Aku bagi dia ketupat sotong, Haikal balas dengan kuih koci. Warna merah jambu pula tu.

“Beria-ia betul kau prihatin dengan aku. Tadi bukan main tekan butang lif. Macam nak tercabut jari. Tak nak bagi aku naik sekali, kan? Pandai kau ni.” - Haikal
“Eh! Suka hati cakap saya mengada. Saya tanya khabar je pun.” - Arissa

Begitulah kami hari-hari. Ada sahaja yang tidak kena di mata encik bos yang seorang itu. Namun, kadangkala kata-kata yang keluar dari mulut Haikal buat jiwa aku terusik.

“Aku masih bujang dan sedang mencari seseorang yang sesuai untuk isi jawatan kosong dalam hati aku. Kalau kau berminat, jangan segan-segan. Boleh terus hantar resume. Kalau menepati kriteria, insya-Allah, akan ke next level.” - Haikal

Haikal selalu buat jantung aku berdebar-debar. Aku tak pasti sama ada itu perasaan cinta atau sebab dia selalu naikkan darah aku.
Author: Schaslee
Chapters
BAB 1

“CARL, kenalkan ni bakal isteri papa.” Aku terpaku sejenak. Cuba untuk menghadam kata-kata yang...

BAB 2

AKU meneguk air min uman dengan rakus sekali. Mengharapkan rasa dahaga dan perasaan marah kembali su...

BAB 3

AKU menapak keluar dari pantri, meninggalkan Jacinta dan Hussin. Malas hendak mengganggu sesi luahan...

BAB 4

AKU mengemaskan pakaian yang membaluti tubuh. Tudung di kepala juga aku betulkan. Hari minggu adalah...

BAB 5

BUNYI notifikasi WhatsApp mengganggu konsentrasi aku yang sedang memandu. Ini mesti geng-geng ofis p...

BAB 6

“ARISSA, cepatlah. Mana ketupat sotong aku?” Jacinta sudah buat muka tidak sabar. Aku baru sahaj...

BAB 7

AKU berpura-pura mengesat air mata apabila mendekati meja. Jacinta memandangku dengan pandangan bers...

BAB 8

AKU membetulkan kain baju kurung yang aku pakai sambil berjalan mengekori Haikal yang jauh di hadapa...

BAB 9

“NAH!” Aku memandang bekas kecil berwarna merah jambu yang diletakkan oleh Haikal di atas mejaku....

BAB 10

KAMI bertiga berjaya masuk ke pejabat sedikit awal sebelum tamat waktu rehat. Aku melihat Kak Nad su...

Total Views

47

Total Purchases

0

Average Rating

0.0/5.0

Reviews

Please login to add a review

Similar Books