Books Description
Dia Pengantinku
“Awak ni buta ke?! Tak nampak ke saya tengah jalan ni?”
Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif?
Entah di mana harus disorok wajahny. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya.
Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin!
Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang.
Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya.
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?
Chapters
TERGESA-GESA Aimi Najwa memasuki Karnival Pengantin di PWTC. Setengah jam lagi dia perlu berada di a...
HALIZA ketawa berdekah-dekah sebaik sahaja mendengar cerita Aimi Najwa pagi itu. Patutlah sebaik sah...
“MALASLAH, akak. Aimi penatlah,” ujar Aimi Najwa dengan rasa malas. Permintaan Juhana amat mengejutk...
SUDAH jemu Aimi Najwa membuat pelbagai gaya di atas pelamin Gold Wedding. Kadang-kadang malu juga ap...
DATUK SYED ALWI dan isterinya, Datin Tengku Faridah masih menanti anak tunggalnya untuk bersarapan b...
CAHAYA bulan yang terang malam ini mengasyikkan Aimi Najwa yang berehat di halaman sebaik sahaja sel...
PAGI ini Aimi Najwa terlewat bangun. Selepas subuh tadi, matanya masih lagi mengantuk. Anggarannya m...
AMAT malas untuk Aimi Najwa ke pejabat hari ini. Mana tidaknya, malunya terhadap teman-temannya masi...
SEPANJANG perjalanan, bermacam-macam andaian bermain di kepala Aimi Najwa. Dia berharap Syed Ashraf...
TERGELAK Aimi Najwa melihat uminya yang tidak cukup tangan membawa bekal sarapan untuk ke Tasik Perm...
Total Views
47
Total Purchases
2
Average Rating
0.0/5.0
Reviews
Please login to add a review