KISAH tak habis lagi. Sampai ke dalam kereta aku membebel-bebel tak puas hati.
“Ryan ni melampau tau! Memanglah satu kampus tu dia nak bagi tahu!”
Kalau Ben tak ada tadi, memanglah... Memang lebam dah muka Ryan tu aku tumbuk! Eee, sakitnya hati!
“Entah ex crush siapalah tu kan.”
Ben yang tiba-tiba bersuara buat aku mengerling ke sebelah. Elok saja dia memandu sambil tersengih-sengih.
“Awak perli saya, Ben?”
“No. I cuma nak ingatkan you pasal kebodohan you aje.” Selamba badak Ben berkata.
Terkedu sekejap aku. Excuse me? Dan-dan juga...
Percaya kepadamu kebodohanku
Perfect timing betullah lagu Ara ni pun. Betul-betul part lirik yang kebodohan tu pula tu. Huh.
Fon aku berbunyi. Bila aku tengok notifikasi yang ada pada skrin... Ryan!
Siapa lelaki tadi tu, Amee? Awak pesan dekat dia jangan nak perasan bagus sangat! Awak tu pun sama!
“Ben, awak tengok ni. Ryan WhatsApp saya kut. Siap ada pesan untuk awak.”
Kening Ben mula berkerut.
Aku halakan skrin ke arahnya. Sempat dia baca sekali lalu. Ada riak sinis terpamer pada wajahnya selepas itu.
“Well, sepatutnya dia boleh cakap terus dengan I. Bukan lelaki namanya kalau pengecut macam tu.”
“Kan. Sesuailah dia dengan si Thalia tu.”
Sebut pasal Thalia, tak semena-mena ada satu benda terlintas dalam kepala otak aku.
“Oh, shit!”
“Hey. Language, Amee.” Laju Ben menegur.
“Ben, kalau Thalia tahu maknanya memang satu kampus akan tahu! Thalia tu dahlah... Haisy! Awak kena makeover saya sebelum cuti mid sem ni habis, Ben. No matter what!”
Aku mula kabut. Baru aku teringat betapa besarnya power Thalia sebagai mak cik bawang. Kalau dia update di Twitternya atau...
Jangan-jangan dia dah update dah pun! Habislah. Mana aku nak sorok muka ni?
“Hei, Amee. Tak payah nak risau sangat. I akan pastikan you jadi Amee yang baru by Monday. Okey?”
Bila Ben cakap macam itu, lega sikit hati aku. Ya, Isnin nanti aku akan buktikan kepada mereka!
Dalam fikiran aku menerawang, tahu-tahu saja kereta Ben dah berhenti di depan pagar rumah aku. Sungguhlah dia ni. Bawa kereta bukan main laju. Tup-tup saja dah sampai.
“Thanks, Ben. Sebab jadi B saya.” Sengaja aku tekan perkataan ‘B’ itu.
Bila dengar balik, macam kelakar pula bunyinya. B jadah sangat. Dia bukannya boyfriend aku pun.
“You’re welcome, my sugar.”
Sama seperti aku, Ben balas dengan nada yang sama bila sebut ‘sugar’. Siap diselitkan dengan senyum senget lagi.
Adududuhhh... Cik hati, sila jangan mencair.
“Kalau you nak panggil I B terus pun boleh. Stand for Ben.”
Ewah, ewah... Boleh pula gitu ya, Ben?
“No needlah. Karang orang lain salah faham pulak. Tak pasal-pasal tercetus kontroversi.”
Aku baru nak keluar kereta, sekalinya...
“Arghhhhhh!!!”
Naik gugur jantung aku bila terpandang baba yang sikit lagi nak tekapkan muka ke tingkap luar kereta. Bila masa pula baba muncul ni?!
“Siapa tu? Orang gila sesat ke?”
Soalan Ben kedengaran innocent sangat.
“Orang gila nenek awak! Tu baba sayalah. Habislah. Habislah kita.”
“Wait. What? Your father?”
“Yalah. Takkan baba awak pulak!”
“Mana tahu, one fine day dia akan jadi baba mertua I.” Ben mengenyit mata.
E’eh, dia ni. Sempat pula nak bagi ayat cia cia cia. Aku dahlah tengah kabut ni.
Aku pandang muka baba, aku pandang muka Ben. Haisy, tak boleh nak buat apa dah ni. Nasi dah jadi bubur. Baba dah nampak Ben. Mesti Baba mahukan penjelasan punya!
“Ben, baik aw...”
Tak sempat lengkap ayat aku itu, Ben dah keluar kereta. Elok menonong ke arah baba pula tu. Berpeluh dahi aku bila Ben dan baba mula bersalaman.
Aduh, Ben ni! Dia ingat dia dah cukup gentlemanlah tu kenalkan diri dekat baba. Siap bagi kad nama konon.
Aku buka pintu kereta. Tapi, tersekat. Bila aku intai ke luar, patutlah pun. Baba halang pintu dengan sebelah kakinya! Eee, baba ni dah kenapa? Tak bagi aku keluar pulak?
Ni mesti sebab dia nak interviu Ben ni. Matilah aku!
Aku tekan button untuk turunkan tingkap. Kepala aku keluarkan sikit. Terkebil-kebil bila aku tengok baba dan Ben tengah gelak-gelak.
Kejap. Aku dah tertinggal kereta api ke? Apa jadi dalam masa tak sampai lima minit tadi?
“Tak sangka baba. Amee dah ada boyfriend.” Kening baba ternaik sebelah.
Hah?! Mengarut apa baba ni? Terpinga-pinga kejap aku bila tengok baba tepuk-tepuk bahu Ben.
Aku pandang Ben. Hantar pandangan bermaksud what is going on here?!
“I berterus terang dekat baba you pasal hubungan kita.” Lancar seperti minyak pelincir Ben menjawab.
“Hubungan kita? Hubungan apa pulak? Baba, Amee rasa baba dah salah faham ni. Ben ni bukannya...”
Pap! Ben tiba-tiba tepuk mulut aku dengan fon dia. Diulangi, dengan iPhonenya yang berat tu!
Sudahnya... Damnlah! Sakit gila bibir aku!
“Opsss, sorry, sugar. I tertepuk kuat pulak. Sakit ke? Ada nyamuk dekat mulut you tadi.”
Nyamuk tengkorak dia! Tak guna punya Ben. Mahu bengkak mulut aku ni esok.
“Lepas hujan memang banyak nyamuk dekat sini. Jomlah masuk dulu. Boleh uncle sembang lama sikit dengan Ben.”
Hah? Baba nak ajak lepak pula dah. Tak boleh dibiarkan ni.
“Eh, tak payah, baba. Ben kena balik awal. Esok dia ada miting. Kan B, kan?” Lembut sampai meleret aku sebut B tu.
Bukan baby, tapi... ba alif ba ya!
Muka Ben ketika ini memang jahat gila. Aku tahu, ikutkan mesti dia nak pangkah apa yang aku cakap tadi dan terima pelawaan baba. Tapi, nasib baiklah dia tolak juga.
“Ha’ahlah, uncle. Mungkin lain kali. Tak pun nanti uncle call aje. Kita minum dekat luar. Berdua senang sikit. Bila ada third wheel ni...”
Nak saja aku bagi penampar bila mata Ben mengerling aku. Helo, tu baba aku eh. Siapa tetamu yang tak diundang sekarang ni?!
“Hah, elok jugak tu. Kalau ada Amee ni susah sikit.”
“Babaaaa!”
Apa hal ni? Baba pun join geng Ben pula!
Baba lepaskan tawa. Kakinya diturunkan. Barulah aku boleh buka pintu. Heh, baba ni pun!
“Terima kasih, Ben. Hantar anak uncle balik.”
“Tak ada bendalah, uncle. Dah Ben yang ajak dia keluar, mestilah Ben kena pastikan dia sampai rumah dengan selamat. Anak orang, kan? Okeylah, Ben balik dulu.”
Ben hulur tangan sekali lagi kepada baba. Mahu pamit.
Memanglah anak orang. Takkanlah aku ni anak kambing. Ben ni kan, dia ingat aku tak tahu ke setiap perkataannya itu ada maksud yang tersirat? Heh.
“And you, sugar. I’ll see you tomorrow. Sleep well okay. Jangan banyak fikir sangat.”
Kata-kata manis Ben itu aku balas dengan jelingan menyampah. Dah menyakitkan hati aku, banyaklah dia punya sleep well!