Books Description

Setelah Terlafaznya Akad 2

RM 26
Hanan dan Nawal disatukan sekali lagi dalam lafaz akad kedua. Memang jodoh mereka kuat. Perangai pun sama. Kuat cemburu.

Hanan tergugat dengan kehadiran Khalil yang selalu berkunjung ke kafe.

“Abang percaya sayang. Abang cuma tak percaya Khalil.” - Hanan

Baru reda rasa cemburu, muncul pula Cikgu Zaki yang tidak kurang segaknya. Susah, kalau ada isteri cantik.

Cemburu Hanan berjangkit kepada Nawal. Sakit hatinya apabila Hanan selalu memuji Qaseh, tukang masak kafe yang meletops.

“Tak payahlah nak sayang-sayang kat sini. Tadi berkasih-kasih kat belakang.” - Nawal

“Dah nama dia Qaseh. Nak buat macam mana?” - Hanan

Kan dah cakap, Hanan dan Nawal ni sama saja. Perangai sama. Ayat bela diri pun sama. Banyak dugaan yang mereka lalui. Namun, tak akan goyah kalau pasaknya kukuh.

“Banyak yang dah kita lalui sebelum ini. Bagi abang, ini tahun yang paling perit.” - Hanan

“Ya. Tapi, apa yang kita lalui menguatkan rasa cinta Nawal pada abang. Datanglah seribu Bradley Cooper sekalipun, Nawal tetap akan pilih abang.” - Nawal

Banyak yang mereka belajar kali ini. Mereka belajar untuk menjadi pasangan yang hampir sempurna untuk satu sama lain, demi akad kedua yang akan menjadi akad terakhir mereka dalam menyulam bahagia.
Author: Anna Milia
Chapters
BAB 1

SKRIN telefon dipandang. Imej rakan Facebook yang baru memuat naik gambar menonton filem terbaru di...

BAB 2

HANAN memberi isyarat secara tiba-tiba untuk membuat pusingan U ketika mereka dalam perjalanan ke ka...

BAB 3

NAWAL memerhatikan lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam kafe melalui ekor matanya. Lelaki yang...

BAB 4

QASEH tersenyum lebar apabila ayam masak Bali yang dimasaknya menerima pujian Kamil dan Fahrin. Seka...

BAB 5

HANAN meletakkan topi di atas meja. Dia duduk bersandar di atas kerusi malas di luar rumah. Tidak sa...

BAB 6

MENU pada papan hitam kekuda yang diletakkan di hadapan kafe dipandang. Nawal tidak jadi melangkah m...

BAB 7

WAHAB melangkah masuk ke bangunan pentadbiran. Dia berhenti di hadapan kaunter pertanyaan. “Boleh...

BAB 8

HANAN tidak betah bekerja dalam keadaan dia dan Nawal bermasam muka. Skrin komputer dipandang. Satu...

BAB 9

WAHAB menanti di kawasan parkir. Menanti kedatangan Nafisah. Jam tangan dikerling. Hampir pukul 8.00...

BAB 10

NAWAL mencerlung Hanan. Peristiwa di kaunter tadi menyebabkan kesabarannya lebur. “Apa masalah a...

Total Views

10

Total Purchases

0

Average Rating

0.0/5.0

Reviews

Please login to add a review

Similar Books