Books Description

Setelah Terlafaznya Akad 1

RM 24
Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan.

Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing.

“Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni.” – Hanan
“Beres!” – Nawal

Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri.

Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok apabila dia jatuh cinta berkali-kali dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan. Untuk itu, dia perlu menjadi wanita sempurna di mata lelaki itu. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya dan anak mereka.
Author: Anna Milia
Chapters
PROLOG

BANG! Nawal menembak dada Hanan. Hanan tidak lagi berdaya untuk melarikan diri apabila kakinya te...

BAB 1

BULAT mata Hanan setelah mendengar cadangan uminya. “Kahwin dengan Nawal? Gila ke apa?” bentak Ha...

BAB 2

ROGAYAH mengusap lembut lengan Nawal. Itulah satu-satunya cucu yang dia ada. Sejak kecil Nawal meman...

BAB 3

HANAN mengetuk pintu rumah Rogayah. “Mak Cik Gayah, Nawal ada?” tanya Hanan sebaik sahaja pintu r...

BAB 4

DENGAN sekali lafaz, Hanan sah menjadi suami Nawal. Hanan menghampiri isterinya. Wajah yang disolek...

BAB 5

NAWAL mengelap kesan minyak pada tepi pinggan. Ayam masak kicap yang sudah siap dimasak dipandang de...

BAB 6

NAWAL bertekad untuk belajar memasak. Sebaik sahaja kedengaran bunyi motosikal Hanan meninggalka...

BAB 7

ROSLAN menatap wajah Hanan. “Seronok tak dapat bini baru?” Hanan tersenyum pahit. Teh tarik di da...

BAB 8

HANAN pulang dari pekan Jitra dua jam kemudian. Sebaik sahaja Hanan melangkah masuk, Rogayah pula me...

BAB 9

HANAN mengerling Nawal yang sedang melangkah keluar dari bilik. Wajah isterinya kelihatan segar sete...

Total Views

12

Total Purchases

0

Average Rating

0.0/5.0

Reviews

Please login to add a review

Similar Books