Books Description

Lamaran Cinta Tuan Zuhayr

RM 25
Pendiam. Susah nak senyum. Suka buat hal sendiri. Itu adalah Rafiqree Zuhayr yang dia kenali dahulu. Tapi, setelah bertemu semula dengan lelaki itu setelah 10 tahun, persepsi Imratul Najuwa jadi berubah.

Dia bukan lagi Rafiqree Zuhayr yang sama. Banyak bercakap, suka menyibuk hal orang dan yang paling penting, dia suka tersenyum. Tapi, kenapa senyumannya macam tersimpan 1001 kesedihan?

“Kau tak naklah kahwin dengan aku, sebenarnya? Kau janji nak jadi isteri aku tu, apa?” - Rafiqree Zuhayr
“Jangan buat perangai budak-budak, boleh tak?” - Imratul Najuwa

Bagi Imratul Najuwa, Rafiqree Zuhayr melamarnya menjadi isteri atas dasar simpati semata-mata. Hanya kerana lelaki itu kasihan dengan nasib yang menimpa dirinya sepanjang 10 tahun mereka terpisah. Tapi, setelah mengetahui kelukaan yang dialami Zuhayr dan kesedihan lelaki itu jauh lebih menyedihkan daripada hidupnya, Najuwa mengubah haluan fikirannya.

“Kau nak melamar aku ke?” - Rafiqree Zuhayr
“Aku dah sedia nak jadi isteri kau. Kau sudi tak jadi pengantin lelaki aku, Rafiqree Zuhayr?” - Imratul Najuwa
Author: Fatiah Zohar
Chapters
BAB 1

PELUH yang merenik di dahi diseka dengan hujung tudung. Panas sungguh cuaca hari ini. Mujurlah ada p...

BAB 2

“WEH, macam salah aje kiraan aku ni? Tak dapat pun jawapan?” Senyap. Tiada balasan. Syakirah...

BAB 3

“ASSALAMUALAIKUM. Nek Wan... oh Nek Wan!” Sepi. Tiada sahutan. Najuwa menanggalkan seliparnya...

BAB 4

NAJUWA tersenyum-senyum memandang Zuhayr yang sedang bekerja. Dia tahu lelaki itu tidak selesa. Seba...

BAB 5

NAJUWA mengerling Zuhayr yang sudah memejamkan mata. Pantang ke sini, pasti Zuhayr akan tertidur. Pe...

BAB 6

“KAU serius ke nak pergi ni?” soal Syakirah. Waswas pula hendak menuruti kemahuan Najuwa. Buatny...

BAB 7

10 tahun kemudian... “ASSALAMUALAIKUM!” Jeritan itu mengejutkan Najuwa yang sedang menyusun rot...

BAB 8

NAJUWA menanggalkan sepatu yang tersarung di kakinya. Hujung jari kaki sudah terasa hampir melecet....

BAB 9

NAJUWA berpeluk tubuh dan merenung jauh ke hadapan. Badannya masih terasa seram sejuk. Ditambah pula...

BAB 10

“MASUK.” Zuhayr mengangkat kepalanya dan muncul Arlina di sebalik pintu pejabat miliknya. Dia me...

Total Views

45

Total Purchases

0

Average Rating

0.0/5.0

Reviews

Please login to add a review

Similar Books